Sunday, May 13, 2012

entry 53 : ~ tesis tesis tesis tesis ~

assalamualaikum...
tesis tesis tesis tesis.. hanya perkataan itu saja yg bermain di minda ketika ini.. sekarang sudah pun menjengah ke minggu 13 pengajian bagi semester 6 a.k.a insyaALLAH semester akhir bagi sesi 2011/2012.. ketika ini yana masih lagi belum mampu menyiapkan latihan ilmiah yana.. YA ALLAH, permudahkan lah urusan hambamu ini.. semoga yana dapat menyiapkan latihan ilmiah yana dalam minggu ni jugak.. tatkala itu, yana terpaksa mengingatkan diri yana supaya tidak terus leka sehingga mengabaikan tanggungjawab yana sebagai seorang pelajar akhir Pengajian Asia Timur (Pengajian Jepun), Fakulti Sastera & Sains Sosial di Universiti Malaya.. 

lecturer yana pernah cakap.. siapa yang buat kuantitatif, akan menangis dahulu, senyum kemudian.. TETAPI siapa yang buat kualitatif, senyum dahulu, menangis kemudian.. betul la tu cakap lecturer yana.. di sebabkan yana buat kualitatif, so sekarang time yana untuk menangis.. y???? sebab orang yang buat kualitatif, semakin lama, semakin banyak buku nak kena baca, semakin banyak maklumat nak kena search.... huhuhu.. yana pun dah naik tension dah tiap2 hari menghadap laptop, tak kira masa.. mata pun macam dah nak kena pakai cermin mata dah.. harap2 mata yana dapat bertahan coz yana tak nak pakai cermin mata....

sekarang bukan masa untuk main2 lagi dah.. terpaksa bersengkang mata siang & malam untuk menyiapkan latihan ilmiah.. terpaksa juga mengorbankan masa yang ada untuk stay di fakulti sampai malam sebab kalau duk dalam bilik, comfirm tak siap.. hehe.. hanya tinggal selangkah je lagi untuk menamatkan pengajian.. yana juga berharap yana tak akan hadapi sebarang masalah untuk subjek di jabatan minor yana.. 

pssstttt : siapkan latihan ilmiah.. u can do it yana !!!!




No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.