Tuesday, April 12, 2011

entry 7 : HaRga diRiKu..

entry 6 : Persatuan Mahasiswa Perlis (PERWARIS)

AGM PERWARIS sesi 2009/2010


tetamu lelaki yg hadir pada AGM PERWARIS sesi 2009/2010
 setelah dua tahun bersama Persatuan Mahasiswa PERWARIS, pelbagai pahit manis telah yana lalui bersama ahli2 PERWARIS.. segala suka duka dikongsi bersama demi menjayakan program yang dirancang.. ALHAMDULILLAH, walaupun masa yana tahun satu, persatuan ini nampak suram, namun bila yana dah masuk tahun dua, persatuan ini kembali aktif.. semua program yang dirancang berjaya dijayakan dengan sempurna walaupun terdapat pelbagai halangan terutama dalam masalah kewangan.. huhu.. mslh ni mmg terpaksa dilalui setiap kali nak buat program..


imbas kembali bagaimana yana boleh aktif dlm PERWARIS.. dlu masa mula2 masuk UM ni, rasa happy la kan bila ada juga persatuan untuk anak negeri sendiri walaupun hakikatnya yana bkn anak jati perlis, yana ni anak jati kedah, cuma sekarang menetap di Perlis sebab abah orang sana.. seingat yana, yana cuma join satu program ja masa tahun satu dulu..yana blh turut serta secara aktif dlm PERWARIS sbb mss ada kawan rapat dlm persatuan tu.. tanpa mss, siapa la yana dkt bumi UM ni.. sbb dia la yana knal dgn ramai org.. terima kasih mss..


jamuan raya PERWARIS sesi 2010/2011
saat indah dlm PERWARIS ni AGM sesi 2009/2010.. masa tu yana ada mss, rasa bahagia sgt, sekarang join PERWARIS tanpa dia di sisi.. yana mengaku, sedih sangat bila yana dpt tahu yg mss dah tekad tak nak join lagi PERMANIS & PERWARIS.. macam biasa la, yana tak tunjukkan pada orang, hanya pendam dalam hati & senyum bila orang tanyakan mss..
majlis buka puasa sesi 2010/2011


antara tetamu yg hadir dlm mjls jamuan raya sesi 2010/2011 bersama UKM
masa buat OPKIM kat Perlis, awal2 tu yana memang happy sangat bila dapat tahu yg mss akan turut serta tp last2 dia tak pegi.. kecewa sangat masa tu & rasa bersalah sangat bila baca status fb mss bila dia ckp "hanya mampu melihat & melambai bagi mengiringi sahabat2 yang bertolak ke Perlis".. maafkan diri ini sekali lagi.. dalam hati yana, yana berharap kamu akan turut serta tp harapan yana tu tak termakbul..
di hadapan rumah saudara syed syukri


antara peserta yg turut serta dlm OPKIM di Felda Rimba Mas, Pdg Besar
majlis buka puasa PERWARIS boleh la tahan walaupun tak ramai sangat yg hadir.. yg penting majlis tersebut berjalan dengan lancar..
sesi motivasi bersama adik2 tahun 6..


bersama ibu angkat (mak teh)
jamuan hari raya pula PERWARIS UM bergabung bersama Persatuan Mahasiswa Perlis UKM.. mcm biasa la, sambutan mmg kurang menggalakkan tp alhamdulillah sebab semuanya berjalan dgn lancar..
bersama penasihat PERWARIS ~ Prof Radzi


AJK2 yg terlibat dlm menjayakan program OPKIM
AGM PERWARIS bagi sesi 2010/2011 pun agak meriah jugak walaupun tak ramai.. kawan baik yana turut hadir dalam majlis ni, rasa happy sangat.. dlm majlis ni telah dilantik ahli kepimpinan PERWARIS yg baru.. yana pun turut dilantik sebagai timbalan bendahari.. kalau ikutkan hati memang dah tak nak ada jawatan tp sesi membalas dendam telah dibuat oleh saudara YDP sesi 2009/2010, terpaksa la terima juga..
AGM PERWARIS sesi 2010/2011


sesi memotong kek bagi menghargai kejayaan PERWARIS bagi sesi 2010/2011
apa pun, insyaALLAH yana akan cuba jalankan tanggungjawab dengan baik walaupun yana akan busy tahun depan..


ahli kepimpinan PERWARIS yang telah dilantik bagi sesi 2011/2012


Ahli kepimpinan PERWARIS sesi 2010/2011 & 2011/2012 bersama Prof Radzi


penyampaian hadiah bagi anugerah mahasiswa aktif oleh abg bob (aemy aziz)


anugerah mahasiswi aktif (nazzatul nadzirah mohd tarmizi)


abg bob ~ tetamu vvip..


bersama sahabat baik ~ nor hasni maryam


junior yg hadir..

Thursday, April 7, 2011

entry 4 : Homestay Laman Bangkinang, Kg. Tapak, Batu Kikir, N.9....

banner OPKIM..
 Assalamualaikum.. masa di beri tugasan bagi subjek Petempatan Desa, yana tak ada idea nak buat tentang apa.. ia berkaitan pelancongan desa.. kemudian, terlintas di fikiran tentang Homestay Laman Bangkinang, yana pun apa lg, terus ja decide dgn kawan2 nak pilih tempat ni sbb yana dh pernah pegi.. alhamdulillah, tadi dah pun submit tugasan tersebut walaupun memang menyakitkan hati yana bila kawan2 tak pandai mainkan peranan & lepas tangan.. tak apa la, yana masih mampu tersenyum dengan korang walaupun hati ni sakit sgt bila korang ambil kesempatan dengan sikap diam diri yana.. maaf kawan, diam yana bukan bermaksud korang boleh lepas tangan macm tu ja, yana pun ada perasaan, memang selama kita berkawan, yana tak pernah tinggikan suara, yana sentiasa senyum walaupun ada kata2 yg menyakitkan hati, yana masih mampu bersabar sbb nak jaga hati korang.. tak apala, yana dah tak nak ungkit lagi dah, yana akan bersabar selagi termampu..


tadi tengah tengok2 gambar dalam album Universiti Malaya, tetiba tergerak di hati nak buka album OPKIM N.9.. bila tgk jer, teringat kenangan manis ketika berada di sana.. banyak kenangan pahit manis di sana.. sebenarnya tak terlintas pun di hati yana nak join OPKIM ni sbb yana dh plan nak balik rumah cuti mid sem.. disebabkan atas sebab-sebab tertentu, yana join juga... tak apa lah, sekurang-kurangnya yana dapat pengalaman yg amat berharga di sana, dapat melihat negeri & tempat org.. kebetulan pula masa tu yana masih belum prnh jejakkan kaki ke Negeri Sembilan..




just tlg tgk org kacau jer, diri sendiri tak nak kacaukan, malas...
 Program ni telah diadakan pada 13 - 17 Februari 2010.. apabila mengimbas semula kenangan program ini, yana pegi pun sebab insan tersebut yg ajak yana, masa tu memang tak nak pegi, lagipun yana bukan ahli Persatuan Negeri Sembilan (PERMANIS) UM.. lagi pun masa tu yana tak kenal sorang pun kecuali insan yang disayangi, abg mok, abg bob, lepas tu ada beberapa orang budak kolej yana.. masa pergi perjumpaan malam tu pun, yana tawakal ja la, beranikan diri dengan semua yg yana tak kenal, yana positifkan fikiran, "tak apa, insan tersebut ada bersama yana".. hehe.. masa nak pegi pula, biasa la yana kalau dgn orang yg baru kenal, yana akan kurang bercakap, bila dah kenal baru yana ramah..
sesi belajar tarian Endang..
 perjalanan ke sana ambil masa lebih kurang 2 jam jugak la (ingat2 lupa).. bila dah sampai sana, rasa teruja sgt sbb dapat jejakkan kaki ke N.9.. best sgt.. hehehe.. yana dapat tinggal 1 rumah angkat dgn kak awi & kak aisyah.. best tinggal dgn diorng, walaupun baru kenal, diorng cuba hilangkan rasa malu yana dgn diorang.. nama mak angkat ingat2 lupa, hehehe..




sepanjang 5 hari tinggal kat sana, banyak aktiviti yg kita org lakukan.. antaranya mengoca ikan, sukan tradisional, memikat burung wak-wak, kenduri kampung, dan mcm2 lagi la.. & yg paling best, masa kat sana kena belajar tarian Endang, mula2 memang la yana agak malu tp bila tgk akak-akak & kawan-kawan yg join program tu semua sporting, yana pun jadi ok la.. hehe.. agak susah nak belajar tarian Endang tp yana dapat belajar juga dalam masa 4 hari.. tp dah tak berapa ingat dah gerakan tarian tu..


aktiviti mengoca ikan plak, diorang cakap kena terjun sungai.. masa tu dalam fikiran yana tak nak suar & baju basah, risau sungai tu dalam (maklumla kurang ketinggian, takut tenggelam..haha).. tp bila tengok ja sungai tu, hahahaha.. punya la cetek, buat suspen ja diorang ni.. ingatkan ada banyak ikan dalam sungai tu, rupanya cuma tangkap anak-anak ikan temeras je.. (main sebut ja nama ikan ni sbb orang Perlis panggil ikan tu dgn nama tu ok).. mmg lucu la bagi yana, lain dlm fikiran yana, lain pula yg pengalamn yg yana dapt.. hehe.. lepas tu kita orang pegi kolam ikan nak tangkap ikan keli.. yg turun cuma boys ja, girls memang tak turun tp insan tersayang mmg tak turun la, tak nak main lumpur (maklumla orang bandar).. hehehehe..
aktiviti membuat penganan nasi.. (baru masukkan bahan2)


bersama keluarga angkat..


persembahan kebudayaan oleh remaja-remaja di sana..


permainan pancing botol..
 Penganan nasi memang terkenal kat Negeri Sembilan.. masa mula2 dengar, yana ingatkan penganan nasi tu pulut kacau, rupa-rupanya dodol (lebih kurang la).. memang tertipu la..huhuhu.. agak rumit la nak buat penganan nasi ni, ambik masa yang lama.. bahan-bahannya tepung, beras atau pulut tak pasti, santan, gula, lepas tu dah tak ingat dah apa lagi bahannya.. yana memang tukang tengok jer time tu, malas nak mengacau.. hehehe. apa pun yana jadi tukang tengok yang setia ok.. hahahaha..
kenduri kampung..


banyak sangat aktiviti yang dilakukan masa kat sana, kalau nak citer semua, memang boleh buat esei la yana.. hehehehe.. apa pun yana rasa happy sangat sebab dapat menimba pengalaman di negeri orang, dapat keluarga angkat yang baik, sahabat-sahabat baru, dapat cuba main permainan baru masa aktiviti sukan, macam-macam lagi la.. best sangat2.. semuanya masih dalam ingatan yana sampai hari ini.. orang-orang kampung pun peramah... dapat main air terjun (walaupun tak mandi air terjun)..
peserta OPKIM N.9..


penganan nasi yg hampir siap dimasak..


aktiviti memikat burung wak-wak..


sesi memotong daging lembu.. (ada org tu cuma jd tukang tengok je)


forum perdana...


permainan tradisional - tarik upih kelapa (tolong la abg bob, anda sgt berat ok)


permainan - pancing botol..


permainan tradisional - pukul bantal..


peserta lelaki main bola dlm air lumpur lepas masing-masing dh penat panjat batang pinang..


sesi bersama adik-adik sekolah rendah & menengah..


menyanyi beramai-ramai..


aktiviti mengoca ikan.. (tak tahu kat mana yana time ni)


best je diorng tangkap ikan dalam lumpur.. ni antara ikan yang diorang dapat tangkap.. (pssttt.. salah seekor dari ikan ni ada yg masuk dalam seluar abg mok ye)


ketua kampung - Tok Dollah..
ini adalah kenangan indah dalam hidup yana.. dapat kenal kawan-kawan baru.. dapat keluarga angkat jauh.. ntah bila la dapat pergi jenguk diorang, dah la duduk jauh.. huhuhu.. terima kasih kepada insan tersayang kerana sudi teman sepanjang kat sana, andai tiada kamu, yana memang tak akan jejakkan kaki kat sana..


okey.. kat sini yana ada masukkan video persembahan tarian Endang dari group yana.. ingatkan dah tak ada dalam simpanan, tengok2 ada ja dalam bahagian video.. tima kasih awak tolong rakamkan, ada juga kenangan untuk yana & budak2 group yana.. (^_^)

Monday, April 4, 2011

entry 3 : malam anugerah kinabalu fasa 2

bersama kawan2 roomate yg duduk 1 meja dinner

bersama roomates

gambar kenangan bersama abg bob
 Pada 19 Mac 2011, ahad telah berlangsung majlis jamuan makan kolej kediaman kinabalu atau lebih dikenali sebagai Malam  Anugerah Kinabalu di Hotel Istana, Kuala Lumpur.. yana rasa happy sangat sbb ada jugak kawan nak makan & duduk 1 meja time dinner, roomates pun tak kisah, join aje la diorg.. walaupun majoriti chinese, tp yana dapat jugak sesuaikan diri dgn diorg sbb diorg semuanya sporting.. baru sem ni dapat rasa dinner kolej coz masa first year sibuk je nk jd ajk.. hehe.. last2 tak dapat pun mkn, burn ja rm100.. apa pun yana happy coz ada juga gambar kenangan bersama kawan2, abg bob (abg angkat yana).. dgn bertemakan fabulous floral, bermacam ragam la pada malam tersebut.. time ni la nk bergayakan.. hehe.. tp yana just simple ja.. just berbaju kurung & tidak mengenakan sebarang alat make-up.. cemburu jugak tgk semua kaum hawa bersolek malam tu tp apakan daya, yana mahu jd diri yana yg sebenar, yana lebih selesa dgn wajah yana yg sebegitu tanpa secalit make-up.. hehehe..


abg bob pun tak kisah nk bergambar dgn dia.. ehm.. walaupun rasa tak selesa time makan coz ada 2 org lelaki API tersesat kt meja 2, yana & kwan2 enjoy & kenyang malam 2.. nsb la ada abg 2 org 2, diorng yg bnyk hbskan mknn mlm 2.. hehe.. sem depan ntah dapat ke tak join dinner mcmni, tak tahu la..
andai di izinkan ALLAH & masih di panjangkan umur yana, dapat la yana join lg.. =) apa pun, yana rasa happy sangat sem ni walaupun dalam hati hanya ALLAH ja yg tahu kn.. yana cuba menghappykan diri & alhamdulillah, yana masih dapat kawal perasaan yana & sesuaikan dgn keadaan..


malam tu yana  turut perhatikan gelagat insan tersayang.. walaupun dinner sem ni tak sama macam dinner sem lepas, yana akur.. sem lepas boleh bergambar dengan mss tapi sem ni tak.. tak apa la, dapat tengok mss dari jauh pun yana bersyukur.. sweater yang mss pakai malam tu masih dalam simpanan yana.. terima kasih bagi yana sweater tu, sweater tu amat bermakna pada diri yana, peneman diri yana setiap malam bila yana nak tidur.. akan yana jaga seperti mana yana jaga diri ini..


di sini yana ada lampirkan beberapa keping gambar semasa dinner malam tu.. semuanya hanya tinggal kenangan..


gambar kenangan bersama rakan-rakan di kolej kinabalu


kumpulan ELHAMZ


junior kolej kediaman kinabalu, fatan






dh tak tahu nk bt gaya apa dh.. huhuhu..