Thursday, June 30, 2011

entry 16 : engkau yang satu

tanpa mu aku lah yang rindu..
tanpa diri mu hilang lah manja ku..
kasih mu takhta naluri ku..
cinta mu hanya di hati ku..


izin kan aku selami hatimu..
izin kan aku bisikan cinta ku..
janji ku pada kau yang satu..
diri ku hanya lah untuk mu..


engkau lah yang satu..
pujaan hati ku..
sucinya cinta ku pada mu..
sayang ku hanya kau yang satu..
kasih & rindu ku milik mu..

entry 15 : luahan hati...

pertama kali ku bertemu denganmu, sayunya hatiku merindui dirimu..
walaupun baru kita bersua muka, namun aku telah jatuh cinta..
pertama kali ku bertemu denganmu, hatiku terpaut melihat senyumanmu..
aku mengharap engkau menerimaku kerna aku bersedia menyintaimu..
akan ku renang lautan yang berapi membuktikan kehebatannya cinta ini..
tetapi jikalau kau meninggalkan aku..
terhiris hati ini, terguris jiwa ini, menangis tak berlagu..


biarpun ombak yang merubah pantai, kasih ku takkan hancur berderai..
biar pun hari berganti hari, dirimu tetap ku nanti..
sayangku pimpinkan tanganku, menuju mahligai bahgia..
kita bersama nikmati kisah cinta, hidup bagaikan di syurga..


memang khilafku menyayangimu..
memang khilafku menyintaimu..
tapi ku tahu semua itu takkan kembali lagi..
bukan ku pinta segunung janji, tidak ku harap sinaran ini..
cuma ku ingin setulus kasih..
kasih yang kekal selamanya...


senyum mu enggan pergi, tawa mu mengiringi, wajah mu ku terbayang..
hadir mu dalam mimpi, seumpama bidadari..
potret mu ku tatapi, mengharap kau kembali..


bukan ku rindu saat bersama mu..
tidak kah mampu melupakan mu..
cuma ku tahu semua itu tak akan kembali lagi..

Wednesday, June 29, 2011

entry 14 : Takdir ALLAH..

assalamualaikum...


semua yg berlaku pada setiap diri ini adalah takdir ALLAH.. takdir ALLAH juga aku masuk universiti, jumpa ramai kawan, menimba pengalaman pahit manis di universiti.. UNIVERSITI MALAYA.. tak pernah terlintas langsung aku akan menjejakkan kaki ke situ & melanjutkan pelajaran aku di situ.. impian aku dulu cuma nak masuk UITM je.. lepas dapat result STPM, aku harapkan aku dapat UUM tp UM yg aku dapat.. apa pun aku bersyukur kerana dapat melanjutkan pelajaran di universiti..


YA ALLAH..
aku terima takdir yang telah ENGKAU tetapkan untuk aku.. bertemu & berpisah, terlalu banyak kenangan di sana.. dengan takdir-MU, aku berkenalan dengannya.. hanya sekadar junior & senior, sama2 wakil kolej untuk bola tampar, perkenalan yang singkat di facebok, akhirnya hubungan tersebut menjadi intim & mewujudkan perasaan di antara satu sama lain.. YA ALLAH.. aku bersyukur kerana dapat mengenali insan tersebut.. dia telah banyak menyedarkan diri aku & banyak beri nasihat kepada aku.. walaupun hubungan itu putus di tengah jalan, wujud pergaduhan, perasaan benci tapi dengan takdir-MU juga YA ALLAH, kami kembali bersatu hati, kembali bersama.. ALHAMDULILLAH, dia sudah buang ego dia, dia mengaku masih sayangkan diri ini, masih cintakan diri ini, namun dia mengaku hubungan ini tak dapat di teruskan kerana masih ada halangan.. apakah halangan tersebut, biarlah aku & dia saja yang mengetahuinya..


YA ALLAH..
dalam tempoh sebulan kami berbaik, terlalu banyak kenangan indah kami ukir bersama.. kasih sayang & perhatian yang dia beri & tunjukkan pada aku tak pernah berubah seperti dulu.. ye, dia masih cintakan diri ini.. YA ALLAH, sememangnya telah banyak janji yang di cipta bersama, tapi aku tak dapat tunaikan semuanya kerana diri ini terlalu lemah YA ALLAH.. terlalu sedih & perit untuk terima hakikat yang diri ini cuma sekadar insan kedua dalam hati nya.. memang aku dah tak nak kehilangan dirinya lagi tapi aku terpaksa lakukan semua itu sekali lagi demi kebahagiaan dirinya.. aku tahu dia bahagia bersama si dia.. aku terpaksa lakukan semua ini, aku terpaksa.. sesungguhnya aku tak nak lakukan semua ini YA ALLAH, aku tahu aku tak boleh hadapi semua ni lagi tapi aku terpaksa..


KOLEJ KEDIAMAN KINABALU..
kolej yang menempatkan aku dengan dia.. di sana kami bertemu, di sana juga kami berpisah.. tiga tahun dia menetap di sana & tiga tahun juga aku akan menetap di sana... biarlah semuanya bermula & berakhir di sana.. biar lah semua kenangan terhapus bersama di sana..




YA ALLAH..
andai dia telah dicipta untukku, ENGKAU satukanlah hatinya dengan hati ku..
tapi YA ALLAH, andai dia bukan diciptakan untuk aku, ENGKAU berikanlah yang terbaik untuk diri ini..


andai benar kamu adalah jodoh saya, kita akan tetap bersama juga satu hari nanti.. cari lah diri ini seandainya kita benar2 di takdirkan untuk bersama.. segala kenangan kita, masih terpahat di hati & ingatan.. sukar untuk di lupakan.. namun, saya akan cuba untuk melupakan.. saya tahu, dia adalah yang terbaik untuk awak..saya doakan kebahagiaan awak..


"dengan takdir-NYA kita bertemu, dengan takdir-NYA juga kita berpisah.."

Monday, June 27, 2011

entry 13 : belajar buat something dari mak.. =)

hehehe.. cuti 4 bulan kat umah tak tau nak buat apa la pulak kan.. asyik tido,makan,tido,makan.. lama2 habis lah badan aku ni haa.. macam mana nak kurus macam ni.. huhuhu.. ada satu ari tu aku tengok mak buat sarung buah cempedak.. jangan jeles, cempedak pun da baju kot.. hahaha.. tengok mak buat best jugak. aku pun try la buat.. best jugak dapat buat tapi hasil pertama ja elok, yang kedua dah tak bapa elok.. sarung cempedak tu di buat dari daun nyok (kelapa).. selit sana, selit sini, last2 dapat jugaka aku hasilkan.. nak tengok hasil aku?? tungguuuuu.. hehehehe..


dalam masa yang sama ada jugak tanya mak tau tak cara nak buat ketupat guna daun kelapa, mak cakap dia dah lupa cara nak buat.. alahai, kecewa betul aku bila dapat jawapan tu dari mak sebab aku nak belajar sangat2 buat sarung ketupat guna daun kelapa.. biasa guna daun palas je.. tapi ada someone yang tahu cara nak buat sarung ketupat tu, dia dah pernah tunjuk cara nak buat tapi tak sempat nak belajar la pulak.. hehehe.. tak pa la, semuanya dah tinggal kenangan.. biar lah semuanya kekal dalam hati & ingatan aku.. apa pun, aku mesti cari & mintak jugak sapa2 yang pandai buat sarung ketupat nasi ajar aku, aku nak belajar..


ok la.. kat bawah ni aku lampirkan gambar sarung cempedak hasil tangan aku... hehehe..


haaaa.. ni sarung cempedak hasil tangan aku k.. nak uopload tadi ok je gambar, ni senget plak dah.. tak pa la.. yang penting still boleh tengok...

Sunday, June 26, 2011

entry 12 : HaRgAiLaH iNsAn Yg KiTa MiLiKi..



saya sudah memahaminya wahai sahabat.. terima kasih kerana selalu mendengar luahan hati saya.. awak lah sahabat sejati saya.. terima kasih juga sebab selalu beri nasihat kepada saya.. kini saya akan mula menghargai insan yang begitu setia dengan saya.. saya tak kan kecewakan dia lagi sahabat.. doakan kebahagiaan saya..

Monday, June 20, 2011

entry 11 : Pencarian Untuk Kebahagiaan..

"Suhana, kau pernah minat pada seorang lelaki tak?" tanya kawan saya ketika kami sedang duduk berehat.


"Pernah lah," jawab saya. Agak segan kerana soalan sensitif yang dilontar oleh kawan.


"Kalau kau suka, kau akan buat apa?"


"Aku akan berdoa dalam hati, Allah,aku suka akan dia,jika dia adalah jodohku, maka dekatkanlah dia untukku, jika bukan maka berikanlah yang lebih baik dari itu,"jawab saya.


"Oh..." terdiam seketika kawan saya itu.


Benar, setiap orang pasti pernah jatuh cinta. Namun bagi yang menjaga iman dan diri, pasti dipendamkan dahulu, cuba berusaha dengan cara yang betul untuk meraih cinta tersebut. Berusaha untuk tidak mencemari diri dari melakukan perkara-perkara yang mampu mencalarkan maruah diri dan sebagainya.
Jangan jadi manusia terhegeh-hegeh dan terlalu menguja.

Wanita fitrahnya adalah seperti daun semalu, yang berduri dan bila disentuh tertutup malu.
Seperti bunga mawar yang indah namun penuh berduri tajam.
Jangan dihilangkan fitrah itu, kerana cinta anda sanggup mengejar sesuatu yang pasti bukan kepunyaan anda.
Seringkali kerisauan mengenai jodoh menjadi pendorong kepada berlakunya ikatan kemanusiaan jantina yang berbeza yang tiada nilai di sisi agama - bercouple tanpa sah!
Atas alasan takut diri tidak laku,maka jika sesiapa lelaki yang menghulur cinta maka terus diterima tanpa berfikir dengan akal yang waras. Maka ketetapan Allah mengenai jodoh tidak dipeduli kerana kerisauan yang sering menghantui diri.


Sudah dibilang pelihara diri anda, maka peliharalah kerana itu bukan sesuatu yang merugikan.
Namun, jika diri sudah terperangkap dengan mainan emosi kerisauan ini, segeralah bermuhasabah.
Ya,benar.. saya akui, jodoh tidak akan datang bergolek, ia perlu dicari.
Namun, pencarian anda itu bagaimana caranya?
Adakah mengikut syariat atau tidak?
Adakah anda yakin pacar anda sekarang pasti meminang anda atau tidak?
Dan akhirnya pasti kalian menjawab, "terserah pada Allah, semoga inilah jodohku"..


Nah, akhirnya anda sendiri akur untuk berserah juga akhirnya, tetapi berserah setelah mengikut pencarian yang salah, anda sendiri mampu menafsir apa yang berlaku seterusnya.
Saya tidak menafikan juga bahawa kebahagiaan itu tidak mampu dinilai. Tapi sedarlah wahai sekalian sahabatku, kita sering bermimpi indah selepas perkahwinan, punya anak-anak yang soleh dan sebagainya, tapi hakikatnya kita masih kabur dalam menilai erti perkahwinan itu sendiri.
Seharusnya perkahwinan ini mampu menghasilkan generasi Islam yang lebih mantap, bukan pewaris kepada dosa-dosa yang kalian sudah lakukan sebelumnya.


Tuntasnya, saya mahu mengingat kepada diri serta sahabat sekalian bahawa carilah jodoh anda dengan cara yang paling diredhai oleh Allah.
Berpacaran bukanlah jalan terbaik untuk mengatasi masalah kerisauan anda tentang jodoh.
Jika indah akhlak kalian, menjaga peribadi anda, jodoh itu sendiri datang kepada kalian tanpa disedari.
Mahu pasangan yang soleh dan solehah?
Andalah yang perlu menjadi soleh atau solehah dulu...
Tidak perlu dicari jodoh itu, tapi mintalah kepada-Nya, kerana hanya DIA yang Maha Mengetahui jodoh terbaik untuk kalian.
Apa yang perlu kalian lakukan sekarang bukanlah menjalin hubungan mesra dengan pacaran tetapi jalinlah hubungan mesra dengan Yang Maha Memiliki!
Jangan sekadar mohon jodoh, namun mohonlah juga keturunan yang baik kerna itu boleh menjadi penyejuk mata dan hatimu.
Ikutlah jalan Islam, pasti bahagia selamanya, InsyaALLAH !!


note : pesanan untuk diri sendiri khasnya.. semoga di pertemukan dengan insan yang tidak akan sanggup menduakan diri ini.. diri ini terlalu lemah, tak sanggup untuk berkongsi kasih sayang dengan insan lain.. maafkan diri ini..

Sunday, June 12, 2011

entry 10 : kEnDuRi KaWiN..

assalamualaikum..
pejam celik pejam celik, kejap je dah hampir sebulan dah cuti semester.. kejap je masa berlalu.. cuti sekolah selama dua minggu pulak dipenuhi dengan jemputan kenduri kawin.. dalam kampung aku pun ada kenduri jugak, sampai 2 buah umah.. tapi aku tak pi pun kenduri tu, malas.. hehe..


orang lain kawin tp aku yang kena buat bunga telur.. ada la jiran aku ni datang umah mintak buatkan bunga telur untuk diorang, kiranya aku bagi dekat diorang la.. nasib baik la aku keja, ada jugak duit nak guna beli bunga telur, telur dengan tapak bunga telur.. baru 1 pokok bunga telur, semuanya rm70.00.. fuhh.. memang mahal barang2 zaman sekarang.. tu baru 1 pokok = 50 bunga telur.. nanti kalau aku dah kawin, lagi banyak bunga telur nak kena buat, lagi banyak la duit nak guna.. huhuhu..


apa pun, ni first time aku bagi bunga telur kat orang & buat sendiri tanpa bantuan mak aku, biasanya mak aku yang buat masa dia sihat dulu.. orang2 kampung aku ni suka mintak mak aku buatkan hantaran untuk diorang.. sekarang aku dah tau betapa banyaknya duit nak guna untuk buat hantaran, bunga telur, bunga coklat.. dulu aku tak pernah tahu semua ni sebab aku tak pernah ambik tau.. tapi sekarang aku dah tau dah.. huhu..


tema warna kenduri diorang ialah biru.. so, aku pun buatkan bunga telur warna biru la.. apa pun aku rasa happy sebab aku dah boleh berdikari & belajar semua tu sikit2.. nanti kalau aku kenduri, aku tak la susah hati sangat nak pikir semua tu.. hehe..


ni bunga telur yang aku buat... nmpk bunga je, telur terlindung sbb ambik gambar dr atas..