Saturday, November 26, 2011

EntRy 33 : HoteL seRi PaciFic + PD + baTu cAveS..

assalamualaikum..


entry kali ni yana kongsi sedikit pengalaman pegi dengar talk + jalan2 kat PD & juga Batu Caves..


25 November 2011..
tarikh ni merupakan tarikh di mana yana & kawan2 buat keputusan nak join pegi Hotel Seri Pacific & sanggup e-mail lecturer kat Jepun minta tunda kelas... niat utama bukan nak pegi dengar pun tapi nak pegi makan ja.. haha.. alhamdulillah, tercapai juga hasrat semua orang nak makan free puas2 kat hotel.. talk tu di sampaikan oleh H. E. Dr. Pitsuwan, paham2 lah, yana mmg x dengar apa pun yg dia cakap coz tido dengan kawan2 kat belakang.. huhu..

muka2 excited nak pegi makan bersama tutor kita org iaitu En. Ikbal.. =)

bersama kawan karib d Jbtn Asia Timur

^_*

dah habis dh, time to eat.. =)

muka2 nak cepat balik kolej.. :p



26 November 2011..
tarikh ni plak yana dengan budak2 jabatan geografi ada fieldtrip di PD & juga Batu Caves.. napa kita orang pegi tempat2 macam tu?? sebab fieldtrip kita org under subjek Geografi Pelancongan, so kena la pegi tempat2 pelancongan.. macam biasa la, kena bangun awal2 pagi, berkumpul & bertolak ke destinasi yang di tuju dengan menaiki bas SEKOLAH.. hai, lama bebenor dah tak naik bas sekolah, jadi macam pegi rombongan sekolah plak siang tadi.. huhuhu.. alhamdulillah, walaupun pertama kali sampai ke Rumah Api Tanjung Tuan & juga Batu Caves, yana berjaya jugak sampai ke puncak walaupun terpaksa mengharungi dugaan yang memang menguji stamina.. ye la, tak buat senaman apa pun, tetiba kena jungle tracking nak pegi rumah api, ingatkan bukit biasa2 ja, alahai, curam nak mampos.. macam tu la jugak tangga Batu Caves.. walaupun terpaksa berhenti beberapa kali untuk menarik nafas & merehatkan kaki, sampai juga ke puncak.. hehehe..