Thursday, May 31, 2012

entry 58 : penGajaRan..

pengajaran yang paling bermakna dalam hidup..

JANGAN CEPAT PERCAYA kepada lelaki..

SEMANIS mana pun kata2 dia,
SEMANIS apa pun janji2 dia, 
JANGAN MUDAH PERCAYA, TERLEKA, & HANYUT DI BUAI perasaan indah itu..

bila dah kena, baru padan muka... 

INGAT : walaupun kamu sudi bagi dia PELUANG kedua, belum tentu lagi dia akan sudi bagi kamu peluang kedua.. rambut ja sama hitam TAPI hati manusia ni lain2..



sekian.. THANKS ABG JPJ sbb bagi pengajaran tu (e-one).. 
(24/5 - 31/5)

Monday, May 28, 2012

enTry 57 : aGm peRwaRis 2011/2012

assalamualaikum w.b.t...
alhamdulillah, tanggal 23 Mei 2012, tamat sudah Annual Grand Dinner (AGM) bagi Persatuan Mahasiswa Perlis.. AGM kali ni junior2 pilih untuk adakan di Rumah Universiti, Universiti Malaya.. al-maklum la, ada duit lebih sikit, jadi grand sikit la untuk tahun ni.. ^_^ tamatnya majlis tersebut, maka berakhir sudah la tanggungjawab yana sebagai Timbalan Bendahari PERWARIS bagi sesi 2011/2012..

maaf kan diri ini sebab tak dapat join banyak aktiviti untuk sesi kali ini.. apakan daya, tarikh program bertindih dengan aktiviti sendiri.. apa pun, TAHNIAH kepada junior2 PERWARIS yang dilantik untuk memegang serta menjalankan amanah dan tanggungjawab yang diberikan.. semoga kalian semua dapat melakukan yang terbaik untuk meneruskan perjuangan PERWARIS, UM bagi sesi 2012/2013 & sesi2 yang akan datang..

terima kasih sebab sudi terima diri ini seadanya dalam persatuan.. walaupun yana ni bukan macam orang lain sbb yana Fakulti Sastera & Sains Sosial, kalian masih terima yana dengan baik.. masih sudi bergaul mesra serta bergurau senda dengan yana.. terasa seperti sebuah keluarga apabila yana mengenali kalian semua..segala teguran kalian yana terima dengan positif juga walaupun kadang2 teguran itu menyakitkan hati yana.. apa pun, terima kasih atas semua teguran sebelum ini...terima kasih jua sebab bagi penghargaan kepada diri ini walaupun diri ini tidak aktif untuk sesi kali ini.. kalian memang terbaik.. majlis kali ini cukup meriah & yana rasa sangat2 terharu.. terasa begitu singkat perkenalan kita semua.. yana pasti akan merindui semua kenangan bersama PERWARIS selama 3 tahun berada di Universiti Malaya ini... rasa sedih sangat untuk tinggalkan bumi UM.. banyak kenangan pahit & manis yang terukir di sini.. insyaALLAH, ada jodoh kita semua akan bertemu kembali..

~ bergambar sblm majlis mula ~
~ cenderahati utk setiap tetamu yg hadir ~
~ sijil utk semua mt & ajk ~
~ terima cenderamata & sijil dari Prof Radzi ~
~ tetamu lelaki ~
~ tetamu perempuan ~
~ mereka org kuat PERWARIS =) ~
~ wif Prof Radzi, YDP, & NYDP PERWARIS sesi 12/13 ~
~ wif them ~
~ meja VIP ~
~ YDP, NYDP, & MT yg bakal meneruskan perjuangan ~
~ dessert utk tetamu VIP ~
~ menu that night ~
~ thanks for the surprise cake ~
~ after AGM, jalan kaki balik kolej ~
~ thanks utk penghargaan ni ~

psstttt : kalau tak dapat jumpa kat UM pun tak pa, nanti balik Perlis, buat la reunion, boleh kumpul ramai2 lagi.. =)



Sunday, May 20, 2012

entry 56 : ~ jiwang jiwang jiwang ~



 tatkala mendengar lagu ini, teringat memori lama lagi.. hehe.. tapi ni dengan ex sek men ok.. =) 
maaf la, diri ini terlalu jahil suatu ketika dahulu.. masih belum cukup matang untuk fikir baik buruk..

Friday, May 18, 2012

entry 55 : ~ fAce aRts ~

assalamualaikum..
alhamdulillah, selesai sudah dinner kolej a.k.a Malam Anugerah Kinabalu (MAK) bagi sesi 2011/2012.. dinner kali ni buat di hotel yang sama dengan tahun lepas, Hotel Istana Kuala Lumpur.. tema kali ni ialah FACE ARTS.. tapi dari apa yang yana perhatikan semalam, boleh dikatakan just 10% je yang ikut tema dinner, yang lain2 buat tema bebas termasuk la yana dengan kawan2.. hehe

yana dengan kawan2 (10 orang) pegi naik kereta (2 buah).. kita orang pegi dah lewat, dengan tak tahu jalannya, main redah je, last2 sampai jugak.. sampai je, terus menghadap makanan.. alhamdulillah, dinner kali ni sangat2 bermakna buat diri yana sebab dapat duduk satu meja dengan kawan2 kolej, diorang pun rasa puas hati untuk dinner kali ni atas sebab2 tertentu..

insyaALLAH ni dinner yang terakhir buat diri ini.. lepas ni dah tak dapat rasa semua ni lagi dah.. terima kasih sahabat sebab jadikan dinner kali ni bermakna untuk diri yana.. lepas ja habis dinner, kita orang lepak2 plak kat warung untuk minum2 & lepas tension masing2 sambil luangkan masa bersama.. kat sini yana sertakan beberapa keping gambar time dinner.. tak banyak pun ambik gambar sebab rasa sedih je bila ingat dah nak habis study.. huhuhu..
~ kawan2 1 meja dinner ~ (x cukup lagi sorang)
sahabat2 baik di kolej dari mula masuk um sampai sekarang.. (1 group time haluansiswa)
~ husna ~
~ feeza ~
~ nabilla ~
~ zatul ~ (kawan baik dalam Persatuan Anak Negeri)
~ wif them ~
~ abg zul & kak long ~ (tauke warung kk8)
~ with akma & nabilla ~
~ with azman ~
 ni je gambar yang ada dalam kamera yana, yang lain dalam kamera budak2 lain.. gambar ada nampak yana gemuk & kurus.. tak best.. huhu

~ before balik kolej ~
~ muka2 kekenyangan ~
~ bak kata Husna "budget lens kamera tu kecik je begambar macam ni".. hehe ~
~ bergambar dgn salah sorang roomate yana untuk tahun 3 ~ (baju pink)
~ kenangan di KK8 ~ (lepas dinner)
 pictures kat atas ni yana ambik dari album salah sorang member yana.. thanks farahin coz upload gambar dinner ni.. :)

Sunday, May 13, 2012

entry 53 : ~ tesis tesis tesis tesis ~

assalamualaikum...
tesis tesis tesis tesis.. hanya perkataan itu saja yg bermain di minda ketika ini.. sekarang sudah pun menjengah ke minggu 13 pengajian bagi semester 6 a.k.a insyaALLAH semester akhir bagi sesi 2011/2012.. ketika ini yana masih lagi belum mampu menyiapkan latihan ilmiah yana.. YA ALLAH, permudahkan lah urusan hambamu ini.. semoga yana dapat menyiapkan latihan ilmiah yana dalam minggu ni jugak.. tatkala itu, yana terpaksa mengingatkan diri yana supaya tidak terus leka sehingga mengabaikan tanggungjawab yana sebagai seorang pelajar akhir Pengajian Asia Timur (Pengajian Jepun), Fakulti Sastera & Sains Sosial di Universiti Malaya.. 

lecturer yana pernah cakap.. siapa yang buat kuantitatif, akan menangis dahulu, senyum kemudian.. TETAPI siapa yang buat kualitatif, senyum dahulu, menangis kemudian.. betul la tu cakap lecturer yana.. di sebabkan yana buat kualitatif, so sekarang time yana untuk menangis.. y???? sebab orang yang buat kualitatif, semakin lama, semakin banyak buku nak kena baca, semakin banyak maklumat nak kena search.... huhuhu.. yana pun dah naik tension dah tiap2 hari menghadap laptop, tak kira masa.. mata pun macam dah nak kena pakai cermin mata dah.. harap2 mata yana dapat bertahan coz yana tak nak pakai cermin mata....

sekarang bukan masa untuk main2 lagi dah.. terpaksa bersengkang mata siang & malam untuk menyiapkan latihan ilmiah.. terpaksa juga mengorbankan masa yang ada untuk stay di fakulti sampai malam sebab kalau duk dalam bilik, comfirm tak siap.. hehe.. hanya tinggal selangkah je lagi untuk menamatkan pengajian.. yana juga berharap yana tak akan hadapi sebarang masalah untuk subjek di jabatan minor yana.. 

pssstttt : siapkan latihan ilmiah.. u can do it yana !!!!




Wednesday, May 9, 2012

entry 52 : ex-bf time form 4.. ^_^

assalamualaikum...
ehem3... entry kali ni saja ja nak mengimbas kenangan lalu... sebenarnya tak terjangka pun nak boleh tengok balik rupa ex-bf masa form 4 dulu, tapi sebab kawan dia add fb yana, yana pun tertengok2 album dia, so terjumpa plak gambar diorang pegi holiday.. ex yana ni orang first la yang yana couple paling lama & betul2 sayang yana.. nama dia ABU TALIB BIN SARIF.. duk Sungai Petani... macamna boleh kenal dia??? hmmm...

yana perlu say thanks to Razman iaitu kawan yana masa pegi kem pengawas kat Terengganu masa Form 4 dulu, merangkap sahabat baik sampai sekarang sebab tak lost contct dengan yana.. sebab dia la, yana kenal si abu ni.. actually, abu yang mula2 kacau yana, lepas tu duk kawan2 & couple.. family dia waruk, so memang yana rasa segan sangat2 la bila first time jumpa family dia.. diorang terima diri yana seadanya.. ye la, abu ni anak bongsu & lelaki tunggal dalam family, kira anak manja la jugak kan.. 

TAPI, jodoh tak panjang kan... yana mengaku, salah yana jugak.. bila ingat2 balik kisah lama, yana rasa menyesal sangat2 & rasa tindakan yana very2 stupid la... time tu baru 16 tahun kan, fikiran pun tak matang sangat, tak pikir panjang, ingat nak couple main2 ja, padahal awak really2 serious dengan yana.. maafkan yana, kalau yana masih di beri peluang, yana akan tebus semua salah silap yana dekat awak tapi masalahnya, yana dah tak da langsung peluang tu.. 

kata2 akhir awak pada yana dulu, putus ja hubungan kita, kita dah tak boleh contact dah, kalau jumpa pun, buat2 tak kenal.. tapi awak tau tak yang awak sentiasa dalam ingatan yana?? yana mengaku awak terlalu baik dengan yana, cuma yana ja yang pentingkan diri sendiri.. maafkan yana.. awak lelaki pertama yang buat yana mengerti nilai kasih sayang lepas kita putus.. yana sayang awak tapi....

tak pa la.. sekarang yana dapat tau yang awak dah banyak berubah, dah tak macam dulu.. yana tahu, family awak nak awak jadi yang terbaik untuk diorang.. bertuah sangat siapa yang dapat awak.. yana nak sangat tengok siapa yang akan jadi penyeri hidup awak.. semoga yana masih diberi kesempatan untuk melihat kebahagiaan awak..

 agak2 la yang mana sorang ex-bf yana??? hehe.. meh nak perkenalkan...

ni haa yg pakai topi koboi + beg NIKE...
baju belang2 hujung sebelah kiri...

PEACE... ^_^




dah jadi abg polis dah sekarang.. tahniah awak sebab dah da kerjaya dah sekarang.. =)

u want know something, awak orang first yang yana panggil dengan gelaran tu time kita couple.. yana yakin kamu tahu apa gelaran yana pada kamu suatu ketika dahulu...

awak approve fb yana, kemudian awak remove kembali.. niat yana cuma satu ja, nak pebaiki keadaan.. tak kisah la awak dah da gf @ tak, niat yana cuma itu je.. tapi awak sendiri yang nak semua ni, kenapa??? andai yana masih boleh maafkan awak sebab awak pernah naik tangan dengan yana, napa awak tak boleh??? kalau awak nak macam ni, yana terpaksa akur, yana cuma harap dapat berkawan dengan semua orang & baiki hubungan sebelum yana menutup mata, tu je awak.. apa pun, thanks sebab approve jugak fb yana walaupun sekejap.. yana masih berkesempatan STALKER wall awak.. harapan yana termakbul awak, yana dapat jugak tengok siapa penyeri hidup awak sekarang... tak kisah la siapa dia, yana yakin dia mesti dapat bahagiakan awak kan.. =)


psssttttt : maaf la ye, yana curi2 ni ambik gambar awak dalam album kawan awak.. thanks to Hafiz Ruslan sebab add yana jadi friend kat fb awak.. mintak izin ambik gambar ni ye.. =) hanya sekadar tatapan yana di kala masih bernafas ini..

ni ja la kenangan yang ada.. semoga yana akan masih berkesempatan untuk bertemu awak & memperbetulkan keadaan.. yana tak nak awak benci yana seumur hidup awak...




thanks awak.. ^_^

Saturday, May 5, 2012

entry 51 : kenangan lalu...........

assalamualaikum....

tatkala diri ini menulis entry ini, kenangan2 lalu kembali menggamit di ingatan.. sedang leka yana mendengar lagu2 yang disimpan dalam laptop kesayangan, tetiba tiba giliran penyanyi Maher Zain, diri ini kembali diulit kenangan lalu..
ya ALLAH, rupa2nya diri ini masih belum mampu dan kuat untuk melupakan kenangan2 lalu.. yana mula mengetahui dan mendengar lagu2 dari Maher Zain dan Wali Band selepas yana mula mengenali si dia & rakan2nya.. terlalu banyak kenangan indah bersama mereka semua sampai yana tak mampu "delete" dari ingatan yana... yana hanya mampu mendoakan kebahagiaan kalian semua terutamanya si dia dari jauh.. semoga kalian semua terus berjaya dalam hidup..
setiap kali yana dengar lagu2 ni & teringat kenangan2 lalu, hanya air mata yang mampu menemani yana.. kenapa hati ini terlalu lemah ya ALLAH??? andai si dia mampu melupakan yana dengan begitu mudah, kenapa tidak yana??? andai si dia mampu setia pada kekasih hatinya, kenapa tidak yana?? kenapa yana tak boleh buka pintu hati yana pada insan lain yang bergelar lelaki?? kenapa hanya si dia dalam hati yana??? kenapa???

Barakallah by Maher Zain.. lagu ni yg yana & si dia dgr dlm kereta sepanjang perjalanan menemani si dia ke melaka.. lagu ini jugak yang menjadi tajuk perbualan kami berdua....

 Taubat Maksiat by Wali Band.. ni lagu first yg salah seorang daripada sahabat
 mereka tag pada yana jugak selepas yana couple & rapat dgn mereka...

ya ALLAH.. sesungguhnya yana amat merindui kenangan bersama mereka semua.. yana amat2 merindui si dia.. walaupun dah lama berpisah, si dia masih dalam hati yana..
yana masih berusaha untuk melupakan si dia.. yana akan cuba selagi yana mampu.. 

i will.. and i will not disturb you anymore... 
sekarang yana sedang berusaha untuk tidak ganggu si dia, yana cuba buat apa sahaja untuk gembirakan hati & lupakan si dia tp.........
maafkan yana.. yana masih lagi curi2 mengikuti perkembangan kamu.. walaupun yana tahu cara yana ini akan menyakiti hati yana sendiri, tapi yana tak mampu untuk tipu diri yana.. yana tak mampu....