Sunday, July 15, 2012

entry 60 : semester akhir + Tokyo, Jepun

assalamualaikum...
alhamdulillah.. tanggal 18 Jun 2012 yang lalu merupakan hari terakhir yana menghadapi peperiksaan sebagai seorang mahasiswi Universiti Malaya.. insyaALLAH, andai tiada aral melintang & diizinkan Allah, tahun ini merupakan tahun terakhir yana sebagai mahasiswi UM.. perancangan selepas ini masih belum ditetapkan sebab yana masih dalam dilema untuk sambung study @ tak.. semuanya terserah pada keadaan.. banyak kenangan yana di Universiti Malaya.. di sini lah yana belajar pahit manis asam garam dalam kehidupan sebagai seorang pelajar & juga sebagai seorang manusia.. semuanya akan yana jadikan sebagai pengajaran buat diri ini & kenangan sehingga hari tua.. terima kasih kepada mak & abah sebab bagi kepercayaan kepada kakak untuk melanjutkan pelajaran di universiti, kepada kawan2 kerana banyak membantu diri ini & tidak biar diri ini keseorangan di tempat asing, serta kepada pensyarah2 kerana telah memberi banyak tunjuk ajar dalam mencari ilmu....



bergambar selepas tamat menjawab last exam.. ^_*


ALHAMDULILLAH.. setelah penat bertungkus lumus dalam peperiksaan, projek yang telah dirancang dari yana tahun 2 telah pun berjaya dijalankan.. projek untuk ke Tokyo, Jepun telah pun berlangsung pada 24 Jun sehingga 7 Julai 2012 baru2 ini.. 
kalau sebelum ini yana berpeluang menjejakkan kaki di bumi Nagasaki, alhamdulillah, yana diberi peluang sekali lagi untuk menjejakkan kaki di Tokyo pula.. trip pada kali ini disertai seramai 19 orang pelajar & seorang pengiring iaitu En. Zakaria..terima kasih kepada sensei zakaria kerana berkat usaha dari sensei, kami semua dapat menjejakkan kaki ke Jepun beramai2.. yana rasa sangat happy sebab kali ni dapat pergi dengan semua kawan batch yana yang mengambil Pengajian Jepun.. banyak aktiviti yang telah dijalankan tapi aktiviti kali ini yana rasa amat penat sebab everyday kena jalan kaki, naik tangga, turun tangga, naik tren.. check in hotel, check out hotel.. amat meletihkan sampaikan yana & kawan2 dah boleh hafal stesen & tren mana yang perlu kami naiki untuk ke tempat2 tertentu...
melalui program kali ini, banyak ilmu yang yana peroleh, yana dapat mendalami budaya Jepun dengan lebih dekat serta merasai sendiri kehidupan sebagai seorang pelajar & rakyat di sana.. bahasa Jepun yana juga jadi bertambah baik dari sebelum ini sebab family angkat yana lebih suka berkomunikasi di dalam bahasa ibunda mereka.. yana juga berpeluang untuk mencuba pakaian tradisional Jepun iaitu Yukata, serta melawat Edo Museum & Sumo Museum.. 
program kali ini pihak JPAT bekerjasama dengan student dari Rikkyo University.. selain itu, yana & kawan2 turut berpeluang melawat Yokohama University..
aktiviti untuk first day di Jepun ialah melawat Kedutaan Besar Malaysia di Jepun.. di sana yana & kawan2 berpeluang untuk beramah mesra serta berbincang serba sedikit hal politik yg sedang melanda negara Jepun.
kemudian, hari2 berikutnya jadual yana & kawan2 dipenuhi dengan pelbagai aktiviti yang padat.. yana & kawan2 berpeluang melawat bandar Yokohama (Pearl Habour), Akihabara (tempat barangan elektronik yang terbesar di dunia), Asakusa (terkenal dengan temple), Tokyo Disneyland, dan sebagainya..

yana turut berpeluang untuk menaiki & melihat Hakamaru Ship (kapal untuk pameran sahaja), menaiki skybus, shinkansen (kereta api laju), cable car (ke puncak gunung Hakone), roller coster & flash mountain (Disneyland), dan sebagainya.. yana ni sebenarnya tak boleh tempat tinggi sebab gayat tapi yana juga suka mencuba something yang mencabar.. walaupun takut, yana main jugak game di Disneyland, rugi la kalau dah pegi tapi tak main apa2 kan.. bak kata orang " belum cuba belum tahu" & "tak kenal maka tak cinta".. eh, ada kaitan ke?? hmmmm.. ada la sikit2 kan.. hehe..

family angkat yang yana dapat cuma ada mak, ayah & sorang anak lelaki..tapi anak laki diorang ni keja di Kobe dengan syarikat apa ntah.. tapi mak yana tulis dalam borang Hippo Family yang anak dia businessman.. time yana di umah diorang, anak bujang diorang tu tak da di rumah sebab keja, so yana dibenarkan untuk tido di bilik anak bujang diorang tu selama 2 malam.. memang terasa sangat asing bila tinggal dengan family angkat, tambahan pula terpaksa berpisah dengan kawan2, Japan Language yana pun tunggang tebalik, rasa terasing sangat tapi dalam masa yang sama yana bersyukur sebab dapat family yang baik hati & layan yana dengan elok.. dalam masa yang sama, yana dapat tingkatkan lagi Bahasa Jepun yana & cuba untuk berkomunikasi dengan diorang dengan menggunakan bahasa diorang..

wif my best friends..

Rikkyo University, Niiza Campus..
gadis2 di tepi jalanan...
Rikkyo University library..
wif my partner Yumiko (rambut perang) & kawannya (x ingat nama)..
 
Masutani sensei
zakaria sensei..
Tokyo Disneyland..
Sumo Restaurant..
wif oka chan..
makanan di Yokohama University..
Sumo Museum..
Yokohama University..
Edo Museum..
wif family angkat (actually yana ada 2 family angkat) ^_^
bersama Momoko..
mak & ayah angkat.. wearing yukata.
saat akhir sebelum berpisah dgn ibu angkat (yana baru lepas nangis.. sedih ooo)
salah sorang student Rikkyo University.. Kai..

sebelum bertolak balik ke Malaysia, sensei zakaria telah bawa yana & kawan2 untuk melawat Gunung Fuji.. perjalanan ke sana mengambil masa lebih kurang 2 jam dengan menaiki tren.. namun begitu, nasib kurang menyebelahi kami semua sebab cuaca hari tu tak berapa elok, kabus tebal & kami semua tak berkesempatan untuk melihat Gunung Fuji.. yana & kawan2 di bawa ke puncak Gunung Hakone untuk merasai sendiri suasana di puncak tersebut dengan menaiki cable car.. tempat tersebut famous dengan telur rebus yang direbus dengan menggunakan air dari kawah gunung berapi yang tidak aktif..
makan angin sebelum balik Malaysia..
cable car..
Shinkansen
the famous egg at Hakone Mountain..
kawah gunung berapi..
last makan di Jepun before balik Malaysia..
menunggu Mr. Zakaria beli tiket untuk naik Shinkansen..

wif sempai Hakeem di Haneda Airport.. menanti waktu berlepas ke Malaysia..
Finally.. selamat tiba di LCCT wif Air Asia (8 Julai 2012 / 7.30 pagi).. ^_*

skarang yana sangat2 merindui keluarga serta rakan2 di Jepun..insyaALLAH andai masih diberi peluang & ada rezeki, yana ingin sekali lagi ke Jepun untuk melawat mereka yang sudah menjadi sebahagian dari diri yana.. kenangan terindah dalam hidup yana apabila dapat menjejakkan kaki ke negara matahari terbit sebanyak 2 kali...