Thursday, October 27, 2011

enTry 28 : HaRi pRomO & InTerAksi PERWARIS 2011/2012

assalamualaikum..


hmmm.. entry kali ni yana nak kongsi sedikit pengalaman dalam persatuan anak negeri bagi sesi 2011/2012..
awal2 sem ari tu dah diadakan minggu promo bagi badan-badan persatuan yang berdaftar bawah HEP UM.. minggu promo telah bermula pada bulan september selama beberapa hari (dah lupa tarikh).. alhamdulillah, Persatuan Mahasiswa Perlis mencapai target yang ditetapkan bagi pendaftaran ahli.. walaupun sedikit & tak sama dengan persatuan anak negeri yang lain, semua MT & EXCO PERWARIS rasa bersyukur & berpuas hati dengan pencapaian tersebut.. di sini yana lampirkan beberapa keping gambar yang diambil & masih disimpan oleh yana semasa minggu promo tersebut..













selain dari minggu promo, PERWARIS turut mengadakan hari interaksi bersama ahli2 baru.. nak bagi advance cikit la kan, kita org buat di The Mines.. main bowling.. hehe.. (tempat kenangan lagi,huhu).. alhamdulillah, ramai jugak yang join walaupun x penuh 1 bas.. hari interaksi berjaya jugak diadakan.. sekurang2nya, PERWARIS sudah melangkah setapak ke hadapan & akan cuba lagi untuk menjadi sebagai salah satu persatuan anak negeri yang aktif di UM.. banyak lagi program yang menarik telah dirancang & diharapkan semuanya akan berjalan dengan lancar.. di sini juga yana turut lampirkan gambar2 yang diambil semasa hari kejadian.. =)

peserta2 yang sudi hadir interaksi PERWARIS 2011/2012


kusyuk mendengar sedikit pengenalan dari MT..


tetamu jemputan, saudara HAWARI,wakil MPPUM..

antara MT & EXCO PERWARIS

pengarah projek ~ saudara Zulkifly..














Tuesday, October 11, 2011

ENtRY 27 : pEnUtUpAn FeSkUm & MaLaM SiMfoNi 2011..



assalamualaikum.. alhamdulillah.. tamat sudah pesta konvokesyen Universiti Malaya 2011 yang berlangsung pada 1 Oktober - 8 Oktober 2011.. alhamdulillah, konvokesyen kali ni yana rasa gembira sebab dapat raikan senior2 yang rapat dengan yana & juga sepupu..




8 Oktober 2011, jam 8.30 malam telah berlangsungnya majlis penutupan majlis konvokesyen 2011 di Auditorium KPS, UM.. majlis tersebut telah dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor iaitu Puan Rohana.. selepas berakhirnya majlis tersebut, tetamu di sajikan dengan persembahan nyanyian, sajak serta tazkirah/sesi perkongsian ilmu oleh kumpulan2 nasyid yang terkenal di Universiti Malaya & Malaysia serta imam2 muda musim kedua.. antara kumpulan nasyid yang di jemput adalah FEELHONEY (UM), UNIC, SAUJANA & JUGA RABBANI.. yana rasa sangat terhibur & teruja coz ni pertama kali yana pegi konsert tak kira la konsert nasyid ataupun bukan nasyid.. setiap kumpulan nasyid menyanyikan 4 buah lagu.. tapi banyak lagu2 baru yang dinyanyikan pada malam tersebut.. jadi, ada la lagu2 yang yana dah tak ingat.. hehehe..


thanks to my best friend, NUUR HASNI MARYAM coz sudi belanja tiket walaupun pada mulanya memang tak terlintas langsung nak pegi konsert tu.. sya pegi pun sebab kecian kat awak ja tau.. haha.. thanks jugak kepada rakan2 yang lain iaitu NURUL HUSNA, NABILLA IZZATI, HAFEEZA, FARAHIN & MUNIRAH RASHID coz sudi bagi yana tumpang naik kereta dengan korang semua..


kat sini yana ada lampirkan foto2 yang di ambil pada malam kejadian.. enjoy.. ^_^




kumpulan FEELHONEY (student2 UM)


UNIC

SAUJANA.. psssttt.. ada jugak terselit muka yana kat sini.. ahaha

IMAM MUDA... (tak ingat nama)

IMAM MUDA AMMAR

PENGACARA MALAM SIMFONI..

IMAM MUDA NAJDI

UNIC membawa 4 buah lagu iaitu ATAS NAMA CINTA, JALINAN

SAUJANA pulak menyampaikan lagu PATAH HATI, SEKEPING HATI, PAHLAWAN GAZA,

RABBANI

RABBANI turut membawa 4 buah lagu iaitu INSYAALLAH (dah tak ingat dah lagu apa malam tu.. huhu)

Imam muda Najdi bergandingan bersama abg nya dari kumpulan SAUJANA menyanyikan lagu tema IMAM MUDA iaitu HAMBAMU..



K.A.M.I






Friday, October 7, 2011

entry 26 : konvo sepupu & senior JPAT 2011..

assalamualaikum.. kat sini yana just nak kongsi gambar konvo sepupu dengan senior jabatan yana (JABATAN ASIA TIMUR).. abg cik konvo 6/10, senior jabatan plak konvo 7/10.. maksudnya tiap2 ari yana pegi DTC untuk raikan kenalan yana.. tak kisah la, yang penting yana happy & dapat raikan bersama diorang coz lepas ni dah tak tahu bila plak dapat kumpul ramai2.. tak banyak gambar yang di ambil, serba satu aje coz yana dah tak da mood nak bergambar.. ehehe.. apa pun tahniah di ucapkan kepada sepupu yana a.k.a abg cik & senior2 jabatan yana.. doakan kejayaan yana & kawan2 di sini.. ^_^

wif mak teh, abg cik & his wife...

wif classmate JPAT.. my batch..

wif senpai ain.. (ambik berkat)

Wednesday, October 5, 2011

enTry 25 : 5 OKTOBER 2011

alhamdulillah, tarikh keramat 5 oktober 2011 tiba jua.. tahniah di ucapkan kepada senior2 kolej yana yang semuanya student AKADEMI PENGAJIAN ISLAM.. pejam celik pejam celik, sudah menjangkau hampir 3 tahun yana kenal kalian..


pertemuan kita semua dari KEM ATLET KK8, kemudian sebagai 1 team volleyball kk8, selalu buat latihan sama2, akhirnya hubungan semua orang menjadi semakin akrab.. yana bersyukur dapat kenal kalian semua.. tanpa kalian, siapalah diri yana ni.. kalian memang senior yang PALING sporting yang pernah yana kenal.. yana dah anggap kalian semua seperti abg yana.. bila kalian dah tamat pengajian, terasa sunyi bila berada di kolej sebab kalian merupakan penyeri kolej kediaman kinabalu..




ntah la.. mungkin inilah yang dikatakan erti kehidupan.. bertemu & berpisah, semua telah ditentukan ALLAH.. semoga kalian semua akan terus berjaya dalam hidup.. gembira sangat sebab yana berkesempatan meraikan kejayaan kalian semua..


alhamdulillah, tercapai jugak hasrat yana nak bagi bunga untuk kalian 6 orang.. tu je yang mampu yana bagi.. ^_^.. semoga ikatan persahabatan ini akan terus kekal hingga akhir hayat.. jangan lupakan kenangan yang telah dicipta bersama2 di UNIVERSITI MALAYA amnya & di KOLEJ KEDIAMAN KINABALU khasnya..



senior PERWARIS ~che mat~

bersama orag2 kuat PERWARIS

aku, zatul & malau a.k.a khairul akmal

bersama ex YDP PERWARIS, saudaraAL LATIFF OTHMAN &  org kuat PERWARIS, AEMY AZIZ

hafizullah a.k.a pijul

wan faizal ~ ex exco publisiti PERWARIS

kenangan bersama mereka yg pernah memeriahkan PERWARIS

wif abg mok a.k.a mohd azmal

abg angkat yana.. abg bob ^_^
dari kiri : abg bob, abg mok, pijul, jidin, abg latip, malau & aemy