Saturday, August 25, 2012

enTry 61 : raya 2012..

assalamualaikum..
alhamdulillah.. sudah sebulan berpuasa, akhirnya tiba jugak 1 syawal (19 Ogos 2012).. raya tahun ni ala kadar je, hanya buat kuih raya ja, nak buat menu lain tak sempat sbb yana keja dari pagi sampai malam (butik yasmeen).. walaupun penat keja tapi yana rasa happy sebab kawan2 kat tempat keja semua baik2, satu kepala dgn yana, dapat jugak yana timba pengalaman sambil tengok gelagat pelanggan yang datang cari baju raya.. macam2 gelagat ada.. yang besar nak ambik baju saiz kecik, yg kecik plak nak ambik baju besar.. haishh.. bila cakap baju tu kecik, cakap plak dekat kita yang bulan puasa ni berat mak cik dah turun.. haa tak pa, klau berat dah turun, mak cik cuba la baju yang saiz kecik2 (lepas tu baru sedar diri yang diri tu tak muat pakai baju kecik)..

bulan puasa ni jugak kesihatan mak tak menentu, asyik pengsan.. walaupun mak tak sihat, mak kuatkan jugak semangat untuk berpuasa.. walaupun yana sibuk keja, balik malam, yana sempat jugak buat beberapa jenis kuih raya, bukan apa, yana tau family yana lebih suka makan kuih buat sendiri dari beli sebab rasa tak sama, jadi yana kuatkan semangat untuk siapkan beberapa jenis kuih.. raya kali ni jugak yana rasa berpuas hati sebab dapat belikan mak baju raya, tudung & kasut baru.. =) abah plak memang yana tak beli sebab abah tak suka, dia lebih suka beli sendiri.. insyaALLAH, kalau ada rezeki lebih tahun depan, yana nak beli baju raya baru untuk abah.. =)

raya tahun ni macam biasa lah, abang yana tak balik beraya, jadi 4 orang lagi la tahun ni.. macam2 alasan sangat abang yana bagi, ntah la.. yana pun tak nak paksa dia, kalau dia rasa family ni penting bagi diri dia, pandai2 la dia minta cuti untuk balik raya.. raya tahun ni jugak amat bermakna buat diri yana.. first time yana pegi beraya di umah senior2 & kawan2, sebelum ni pun ada tapi 2 3 buah umah ja tapi tahun ni, agak banyak la yana pegi.. selain pegi beraya, budak2 yang pegi pjkn dengan yana juga ada buat reunion tapi yang datang cuma 8 orang ja, agak sedih tapi nak buat macam mana dah semua orang busy, tak boleh nak paksa..

reunion pjkn (raya keempat)
jemputan walimatulurus jugak banyak selepas raya ni.. senior kawin (23/8/2012), maisarah kawin (25/8/2012), akak kawan yana kawin (23/8/2012), banyak la.. rasa macam diri ni dah tua sangat dah sebab semua dah masuk ke alam rumah tangga dah.. huhu.. apa pun, doa yana agar semua bahagia dengan pasangan masing2 hingga akhir hayat.. =)

maisarah kawen.. =)
madihah, maisarah, asmah & hidayah..
wif madihah & khairiyah..
hati ini juga rasa sangat tenang bila si dia hantar mesej minta maaf & balas ucapan selamat hari raya.. for me, benda yang lepas, biar lah lepas, yana tak nak berdendam dengan sesiapa pun, tak kisah la salah tu dari diri yana sendiri @pun tidak.. semuanya 0-0.. kita mulakan kehidupan baru.. walaupun si dia dah berpunya, hati ini masih belum mampu untuk melupakan.. kata2 akhir bahawa diri ini tidak akan dilupakan sampai bila2 buat yana rasa diri ini amat bermakna.. tapi yana tahu, tak elok letak harapan pada kekasih hati orang lain.. yana sentiasa doakan kebahagiaan kamu..

buat abg jpj, semoga lebaran kali ini dapat memberi lembaran baru buat diri awak, buka buku baru & mulakan hidup baru.. yana sentiasa ada di sini untuk mendengar luahan hati awak.. mungkin yana tidak mampu untuk menjadi penasihat yang terbaik buat diri awak sebab yana masih muda, masih belum merasai kehidupan berumah tangga tapi yana masih mampu menjadi pendengar yang setia & bagi pendapat pada diri awak as a woman..

harapan yana, semoga semua orang yang mengenali diri yana bahagia dengan kehidupan masing2.. yana jugak harap yana akan cepat2 dapat keja sebab yana nak bantu family & balas jasa mak & abah selama ini.. semoga semua urusan yana dipermudahkan... ^_^