Tuesday, September 20, 2011

enTry 22 : Kawin, kAwIn, KaWin......

assalamualaikum.. kali ni yana just nak kongsi rasa gembira sebab sepupu & juga sahabat baik yana telah selamat diijabkabulkan.. alhamdulillah..






sepupu yana a.k.a amiruddin @ lebih dikenali dengan panggilan abg cik oleh yana & adik beradik yang lain dh selamat bernikah pada 4 september 2011.. yana pun cuma di jemput melalui facebook je sebab dia kawin mengejut.. kenduri baru sebelah perempuan, sebelah lelaki belum lagi... dengar khabar, pengantin perempuan orang Segamat, Johor..


abg cik & his wife..


kawan yana ni plak akad nikah pada 10 september 2011 di rumah pengantin perempuan yang juga merupakan classmate yana kat um ni.. alhamdulillah, diorang telah selamat diijabkabulkan, mungkin jodoh diorang awal kan.. walaupun tak semua pihak bersetuju dengan perkahwinan ini, tapi semua terpaksa menerimanya sebab kedua2 belah pihak iaitu dari lelaki & perempuan dah setuju.. pihak2 lain yang tiada kaitan @ talian persaudaraan hanya mampu menerima & mengucapkan tahniah serta mendoakan kebahagiaan mereka berdua..


yana pun pada mulanya agak terkejut bila dapat tahu berita ni tapi jodoh pertemuan, ajal maut di tangan Tuhan.. kita hanya mampu merancang..


syafeeq & maryam..

kepada abg cik & isteri serta syafeeq & maryam... yana doakan kebahagiaan kalian semua.. semoga berbahagia sehingga akhir hayat...


maaf sebab tak dapat hadir majlis kalian, keadaan tidak mengizinkan.. insyaALLAH, kalau berkesempatan & di jemput, yana akan ke majlis kalian di perak nanti... majlis yana pulak... hmmmmm.... just wait & see bila kad dah di edar.. hehehehe.. ( macam la nak kawin sekarang kan.. =P )