assalamualaikum....
tatkala diri ini menulis entry ini, kenangan2 lalu kembali menggamit di ingatan.. sedang leka yana mendengar lagu2 yang disimpan dalam laptop kesayangan, tetiba tiba giliran penyanyi Maher Zain, diri ini kembali diulit kenangan lalu..
ya ALLAH, rupa2nya diri ini masih belum mampu dan kuat untuk melupakan kenangan2 lalu.. yana mula mengetahui dan mendengar lagu2 dari Maher Zain dan Wali Band selepas yana mula mengenali si dia & rakan2nya.. terlalu banyak kenangan indah bersama mereka semua sampai yana tak mampu "delete" dari ingatan yana... yana hanya mampu mendoakan kebahagiaan kalian semua terutamanya si dia dari jauh.. semoga kalian semua terus berjaya dalam hidup..
setiap kali yana dengar lagu2 ni & teringat kenangan2 lalu, hanya air mata yang mampu menemani yana.. kenapa hati ini terlalu lemah ya ALLAH??? andai si dia mampu melupakan yana dengan begitu mudah, kenapa tidak yana??? andai si dia mampu setia pada kekasih hatinya, kenapa tidak yana?? kenapa yana tak boleh buka pintu hati yana pada insan lain yang bergelar lelaki?? kenapa hanya si dia dalam hati yana??? kenapa???
Barakallah by Maher Zain.. lagu ni yg yana & si dia dgr dlm kereta sepanjang perjalanan menemani si dia ke melaka.. lagu ini jugak yang menjadi tajuk perbualan kami berdua....
Taubat Maksiat by Wali Band.. ni lagu first yg salah seorang daripada sahabat
mereka tag pada yana jugak selepas yana couple & rapat dgn mereka...
mereka tag pada yana jugak selepas yana couple & rapat dgn mereka...
ya ALLAH.. sesungguhnya yana amat merindui kenangan bersama mereka semua.. yana amat2 merindui si dia.. walaupun dah lama berpisah, si dia masih dalam hati yana..
yana masih berusaha untuk melupakan si dia.. yana akan cuba selagi yana mampu..
i will.. and i will not disturb you anymore...
sekarang yana sedang berusaha untuk tidak ganggu si dia, yana cuba buat apa sahaja untuk gembirakan hati & lupakan si dia tp.........
maafkan yana.. yana masih lagi curi2 mengikuti perkembangan kamu.. walaupun yana tahu cara yana ini akan menyakiti hati yana sendiri, tapi yana tak mampu untuk tipu diri yana.. yana tak mampu....
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.