Friday, March 23, 2012

entRy 46 : APN Project 2012...

assalamualaikum..

entry kali ni yana nak kongsi sedikit pengalaman ketika berada di Nagasaki, Jepun untuk mengikuti Asean Peace Networking Project.. symposium ni selama seminggu iaitu dari 14/3 - 21/3/2012.. perjalanan ke Fukouka Airport mengambil masa lebih kurang 6 jam melalui Bangkok & ke Nagasaki mengambil masa lebih kurang 2 jam dengan menaiki bas...

tiba ja kt Fukuoka Airport, kita orang kena tunggu delegasi dari Korea plak.. bila diorang sampai, baru la gerak ke Nagasaki dengan menaiki bas.. first day kat sana dah hari malang bagi yana coz roda beg yana tertanggal.. nak tak nak, terpaksa bimbit beg, nasib baik la da lecturer yang baik hati sudi tolong bawakkan beg yana.. hari first juga yana dengan kawan2 lagi 3 org terpaksa belajar berdikari, sebabnya senpai Iqbal terpaksa jadi penyambut tetamu, lecturer sorang busy, sorang lagi keluar tanpa pengetahuan kita orang, malang la dapat lecturer yang perangai buruk macam tu.. tapi tak pa, sekurang-kurangnya yana & kawan2 dapat belajar berdikari.. yana jugak hampir tertinggal anset dalam toilet, nasib baik la masa tu tak pergi jauh2 lagi & yana teringat, bila yana patah balik nak ambik anset, da girl dah kuar bawak anset yana untuk pulangkan dekat yana... sikap masyarakat Jepun amat berbeza dengan masyarakat Malaysia.. mereka sangat menghormati orang asing yang berada di sana terutamanya rakyat Malaysia...

aktiviti kat sana biasa2 ja, biasa la budak sek men yang handle tapi terasa rindu zaman sekolah la plak bila join aktiviti macam tu.. yana happy joined this program coz yana dapat dengar sendiri pengalaman dari mangsa yang terselamat dari pengeboman di Nagasaki suatu ketika dahulu.. yana jugak dapat tengok sendiri artifak2 dan juga barang2 yang tinggal & diperoleh selepas pengeboman tersebut.. rasa sayu sangat hati sebab mangsa yang tidak bersalah menjadi mangsa.. menurut maklumat, pengeboman tu sebenarnya tak di sasarkan di Nagasaki tapi sasaran mereka tersasar..

yana bersyukur sebab dapat hidup di Malaysia yg merupakan negara yang aman & terhindar dari peperangan.. walaupun Malaysia juga ada pergolakan dalam negara tapi tidak la seteruk di negara lain sehingga mengorbankan banyak nyawa yang tidak berdosa.. kesan radiasi juga amat la teruk.. paling menyedihkan bila yana dengar sendiri suara daripada salah seorang yang juga mangsa kesan radiasi tersebut.. beliau ialah Mr. Hiroshi Matsuzoe.. Mr Matsuzoe ni telah hilang suara & juga pendengaran, beliau terpaksa memakai alat untuk mendengar & suara beliau seperti robot (macam dalam filem OMBAK).. kalau tak salah yana, Mr. Matsuzoe ni dijadikan sebagai bahan penyelidikan sebab beliau kehilangan suara.. Dr. Md Nasruddin iaitu pensyarah yana mengatakan bahawa suara beliau seperti mesin.. susah untuk memahami setiap percakapan beliau.. yana rasa sedih sangat & bila yana bagi cenderamata dari Malaysia, beliau sangat terharu & hampir ingin menangis.. beliau pernah datang ke malaysia pada tahun 2006 atas jemputan apa yana tak ingat & beliau cakap ingin datang lagi ke Malaysia & ingin tinggal di sini.


hari keempat berada di Nagasaki (last program rasmi), merupakan hari yang paling best bagi yana sebab dapat dinner di restoran yang terletak di puncak Gunung Inasa & dapat melihat sendiri panorama di Nagasaki yang juga di gelar sebagai "Ten Million Dollars Night Views".. perjalanan ke restoran tu ambik masa dalam 20 minit jugak la dengan menaiki bas.. hanya ALLAH ja yang tahu perasaan yana time tu, dengan peningnya sebab jalan bengkang-bengkok.. huhuhu.. pemandangan Nagasaki dari atas puncak Gunung Inasa amat cantik pada waktu malam.. malam tu jugak delegasi dari Malaysia & Korea turut mengadakan persembahan yang menunjukkan budaya masing2.. delegasi dari Malaysia perform 2 persembahan iaitu tarian Joget Pahang & juga nyanyian1 Malaysia.. alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar walaupun tarian tu kita orang baru ja praktis time berada di Nagasaki..

hari keenam berada di Nagasaki, pihak program Peace Networking dah sediakan satu aktiviti untuk kami semua sebab hari tu merupakan Hari Kebangsaan di Jepun ( nyalakan tanglung).. yana & kawan2 berkesempatan untuk turut serta menyediakan bekas tanglung menggunakan buluh & kertas yang dikhaskan.. masyarakat di sana sangat2 baik & diorang sangat teruja bila diberitahu yang kita orang datang dari Malaysia.. sampaikan ada sorang pak cik jual buah ni sanggup bagi buah limau percuma selepas dia dapat tahu yang kita orang dari Malaysia..

sepanjang berada di Nagasaki, cuaca amat sejuk.. maklum lah, pegi sana pun time musim sejuk kan.. dapat jugak merasa cuaca musim sejuk & hujan di negara Jepun.. yg penting, dapat payung free ok.. hehe.. selama berada di sana, yana & kawan2 teringin sangat nak cakap keluar asap tapi dapat rasa hari ketiga, tu pun time nak kuar pegi makan dengan kawan2.. betul2 dapat cakap kuar asap hari last (time nak balik dh).. huhu.. hari tu semua kawan2 termasuk yana lepas geram & cakap banyak2 sebab bila dah balik Malaysia, dah tak boleh cakap keluar asap dah kan..
satu pengalaman yang amat berharga bagi diri yana.. walaupun hanya seminggu berada di sana, banyak pengalaman & pengetahuan yang yana peroleh.. masyarakat Jepun sangat baik hati.. yana rindu sangat2 nak pegi sana lagi.. rindu dengan semua2 sahabat2 yang joined program ni... kat sini yana lampirkan beberapa keping gambar sebelum berangkat ke Jepun & ketika yana berada sana...


at KL Sentral before go to KLIA..
Fukuoka Airport.. waited Korea Delegation.. (my best friends at JPAT,UM)

team from Malaysia..
Malaysia & Korea delegation before go to hotel..

from my group... (Blue Group)
Malaysia delegation wif Mr. Hiroshi Matsuzoe..
melawat Hypocenter Park & Peace Park
saiz sebenar bom atom yang dijatuhkan di Nagasaki..
wif our guide ketika melawat Muzium Bom Atom..
Blue Group bagi sesi bincangkan pendapat sbg golongan muda...
jalan2 melawat tempat wif 3 org budak korea.. (free day)
gedik time wif part of them.. >_<
bergambar dgn pak cik jual buah.. (yana camerawoman)
wif Hibakusha (tak ingat nama)
dinner time pada hari ketiga.. Dr. Md Nasrudin belanja.. (Mango Cafe Restaurant)..
wif Nurul Hidayah.. salah sorang kawan baik di JPAT, UM..

 kat sini yana lampirkan jugak video persembahan tarian Joget Pahang yang sempat dirakam...

 


note : rindu sangat2 kenangan bersama mereka2 yang joined this program.. rindu nak makan makanan kat sana (yg penting makan seafood kat sana, alahan yana tak menyerang).. hehe.. rindu semuanya la.. 
terima kasih kepada Prof Madya Dr. Md Nasrudin Md Akhir iaitu salah seorang pensyarah di Jabatan Pengajian Asia Timur sebab bagi yana peluang untuk mengikuti program sebegini.. terima kasih jugak sebab beri peluang kepada yana & kawan2 yana pegi bersama (khas utk dayah & farhah).. dapat jugak kami bertiga menimba pengalaman bersama tanpa ada seorang pun yang tercicir.. >_<

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.