Tuesday, September 27, 2011

eNtrY 23 : JaLan2 MeLaKa + i-CiTy..

assalamualaikum...


kali ni just nak kongsi sedikit pengalaman pegi makan angin dengan sahabat2 baik yana di jabatan pengajian asia timur...


23 september 2011: tarikh ni baru kita org kelam kelibut call & cari kereta sewa.. awal pagi tu dah dapat dah kereta sewa tapi secara tiba2 time maghrib chinese tu call kawan yana bagi tau yang keta just boleh dapat petang je dalam pukul 2, pagi tak boleh.. malam tu kita orang apa lagi, gelabah la.. ingatkan plan berjalan dengan lancar tapi ada juga halangan.. kawan2 yana call ja keta sewa yang ada kat diorang tapi semua full sebab hujung minggu kan.. bila yana tanya jadi pegi ke tak, sorang pun tak bagi kata putus, yana apa lagi, fedup la, terus tido sebab malas nak pikir lagi.. huhuhu




24 september 2011 : pukul 5 pagi yana terjaga & tengok anset, kawan yana mesej suh yana pulak call nombor keta sewa mana ntah.. tapi pukul 8 ke atas.. yana dah malas nak tunggu, dalam pukul 7 lebih, yana search
internet & call keta sewa yang yana jumpa, tak tau la bapa tempat keta sewa yang yana call tapi semua dah full.. memang tension sesangat.. kawan2 plak masing2 tak bangun tido lagi.. huhuhu,, last2 yana search ada 1 tempat keta sewa kat pantai permai ada banyak keta, bila yana call, yang ada just keta wira auto je tapi alhamdulillah la sebab memang kita orang cari keta auto pun coz kawan yana tak pandai bawa keta manual.. yana plak???? yana boleh je drive keta manual tapi masalahnya yana tak da lesen, kang tak pasal2 kena saman.. huhuhu.. dalam pukul 10 lebih kita orang gerak ke melaka.. kalau ikutkan hati, yana tak nak pegi melaka sebab ada kenangan dekat sana.. baru pegi sem lepas, sem ni kena pegi lagi dengan kawan2.. terpaksa la yana tahan perasaan bila lalu dekat tempat2 yang tinggalkan kenangan untuk yana.. dah hampir nak lupa tapi yana terpaksa ingat balik semua tu.. air mata??? yana tak kan menangis depan kawan2.. biar lah ia menjadi kenangan dalam hati & diri yana.. bilik tempat yang sesuai untuk yana lepaskan rasa sedih yana.. bukan depan kawan2..




seronok ke pegi melaka???? hmmmm... yana tak rasa seronok langsung.. ye la, rasa tak dihargai.. lepas tu, ada sorang kawan yana ni asyik nak salahkan yana je.. ye la, macam diri dia tu ja yang betul.. sakit hati jugak, rasa macam nak patah balik um je, kalau yana yang drive, memang 100% yana patah balik um dah.. buat apa pegi kalau orang asyik nak salahkan kita.. padahal benda tu tak da kaitan langsung dengan yana, cuma kebetulan je masa tu yana yang masukkan kunci kereta & pegang tiket bayar parking keta... dia yang drive, sepatutnya dia la yang lebih arif mana 1 kunci kereta.. adoi.. tensionnnnn !!!!


tiket tu plak mentang2 yana yang tolong simpan, bila mesin tu tak terima, dia salahkan yana lagi, padahal tiket tu boleh je bayar kat kaunter.. ehmmm, sabar je la yana ni dengan perangai dia...


sepanjang masa kat melaka, kawan dia yang tolong tunjuk tempat tapi just pegi 2 tempat je.. tak best langsung !!! balik dari melaka kita orang terus pegi i-city sebab ada lagi sorang kawan yana yang tak pernah pegi sana.. yana??? masuk sem ni dah 4 kali dah yana pegi i-city.. sem lepas 3 kali yana pegi i-city... cuma kali ni da perubahan dekat sana, ok la tapi tetap tak enjoy.. napa tak enjoy?? sebab dekat sana juga ada kenangan untuk yana.. ke mana ja yana pegi, ada ja kenangan.. huhuhuhu




25 september 2011 : pegi antar kereta sewa.. ntah la, sakit hati lagi.. kalau dah tau jalan sangat, lain kali jangan tanya yana.. ni tak, tanya yana, bila yana bagitau jalan, lepas tu komplen cakap jalan tu jauh, dah tau jalan dekat ada, napa tak masuk ja, tanya buat apa lagi.. bengang betul yana.. asyik dia ja nak yang betul.. ingat dia sorang ja tau naik angin?? ingat yana tak tau naik angin ke??? selama ni yana bersabar ja.. kang yana naik angin, jangan sapa pun kata apa.. menyesal pun ada pegi sana tapi dah pegi dah pun, so menyesal pun tak guna.. lagi pun dah selamat pegi & balik dah.. yang penting lepas ni dah tak nak kuar makan angin dengan kawan2 dah kalau melibatkan kereta sewa.. serik !!




okey la.. kat sini yana lampirkan sedikit gambar kita orang masa dekat melaka & jugak i-city.. =)


yana, farhah, dayah & liza..
3 dara..

botanical garden
i-city

ala2 model.. ahak..

beca yang menarik, orangnye x.. =)
bersama bodyguard kita org iaitu aliff a.k.a bf dayah

wif kawan baik farhah.. nazirah
muka2 kepenatan sebab kena naik tangga.. huhu

merdeka!! merdeka!! merdeka!!
macam kat jepun dah.. =)


model batang pokok.. =)

sesuai x jadi perempuan melayu terakhir??? hehehe
model kew??











No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.