Friday, September 2, 2011

eNtRy 18 : 4 BulAn KaT uMah..

assalamualaikum.. hmm, kali ni yana nak kongsi serba sikit aktiviti yana selama 4 bulan duk kat umah ni..


hmmm.. masa mula2 balik umah memang la rasa bosan sebab tak tau nak buat apa, sempat keja kejap ja, lepas tu dah tak keja dah.. menghabiskan masa kat umah ja la, habiskan beras & duit mak abah.. hehe.. tapi yana bersyukur sebab tahun ni dapat puasa penuh kat umah, dapat bantu mak abah buat apa yang patut untuk ringankan beban diorang..


puasa tahun ni yana rasa sedih sikit sebab nenek sebelah abah telah pergi menghadap Ilahi pada hari ke-9 puasa.. mudah citer, yana panggil nenek yana 'tok'.. tok pergi secara mengejut, sempat bermalam di umah yana 2 malam.. 2 hari sebelum tok meninggal memang tok sakit tapi sebab angin ja, sehari sebelum tok meninggal, dia dah sihat dah tapi tak sangka tok dah tinggalkan kami semua di sisi abah, mak, tok su.. nasib baik abah tergerak hati nak p tgk tok waktu tu, lepas tu tiba2 ja abah panggil yana suruh call tok su & pak ngah yana.. bila yana pergi tengok, tok dah nazak dah.. yana tak sempat nak minta maaf sebab yana sibuk pergi bagi tau orang & pergi tanya nombor fon ambulan, bila yana balik ja, yana tengok tok dah tak da.. sedih sangat sebab tak sempat nak minta maaf walaupun umah tok sebelah umah yana ja.. orang kampung dah semestinya terkejut bila tau tok dah tak da.. ye la, masa yana pergi bagi tau diorang, tok masih hidup lagi, bila diorng sampai umah nak tengok & tanya yana, diorang semua terkejut.. jenazah tok di kebumikan lepas zohor, along comfirm2 tak sempat tengok sebab dia keja kat johor, lagi pun tiket nak balik kampung dah habis dah.. yana tak sempat nak minta maaf, yana cuma mampu sedekahkan al-fatihah, baca yasin & berdoa agar arwah di tempatkan bersama orang2 beriman..


puasa tahun ni memang meletihkan yana sebab ada adik beradik yang datang tido di umah, diorang datang dari thailand.. nak kena layan diorang, sedia makan untuk berbuka, semua yana buat sorang, macam nak pengsan ja.. huhu.. mak dah comfirm2 dah tak boleh buat keja banyak sangat, lepas tu tido sehari suntuk la sebab tak cukup rehat.. 2 3 hari lepas tok meninggal, pak ngah (abg abah) yana pulak masuk hospital.. doktor cakap pak ngah kena leukimia (darah putih makan darah merah).. hmmm.. macam2 hal, abah la yang teruk nak kena ulang alik pergi tengok & ambik abg dia dari hospital.. tahun ni ada rezeki sikit sebab ada juga orang tempah kuih raya tapi yana la tak sempat nak buat sebab seminggu sebelum raya anak tauke tempat yana keja dulu call suruh pergi keja, buat roti arab lerr... adoi, letih memang la letih sebab tak cukup rehat tapi sebab nak cari duit, kena la keja jugak.. maaf mak, akak janji nak beli baju raya kat mak tahun ni tapi sepanjang cuti ni akak tak keja, akak tak dapat beli baju raya kat mak, dapat beli tudung je kat mak.. maaf ye mak,, akak janji akan beli juga baju raya untuk mak nanti..


2 minggu sebelum raya biasalah yana akan buat kuih raya.. mak bagi resepi, so yana akan buat..ada puasa yang ke berapa ntah, sekali lagi yana kena eletrik, kali ni kejap je, bapa saat je sebab ada extenchn yana rosak 1, padahal time tu abah tak on eletrik lagi, nasib baik kali ni tak teruk macam first time yana kena dulu, dulu kena sampai pengsan, kali ni tak sebab lepas kena ja, yana terduduk, yana tak bangun sebab takut pengsan lagi.. lepas tu yana jadi trauma sikit.. huhu.. dah 2 kali kena, kalau kena lagi kali ketiga tak tau la nak kata apa.. ntah2 terus innalillah..


raya tahun ni macam biasa la, beraya tanpa along sebab dia tak dapat balik raya.. raya tahun ni terasa sedikit kekosongan sebab dah kurang lagi sorang ahli keluarga buat selama-lamanya.. raya pertama memang tak dapat pergi beraya la coz yana kena tunggu umah, nak sedia makanan untuk tetamu.. semua harap yana ja coz mak memang tak boleh buat sorang2.. tahun ni ramai betul2 budak2 datang umah, ntah dari kampung mana2 datang.. huhu.. lepas tu abah pulak bawak geng2 dia datang umah, yang ni memang tak menang tangan nak layan diorang, ramai sangat.. huhu.. tapi dalam masa yang sama buat tahlil untuk arwah tok sama.. alhamdulillah, yana bersyukur sangat sebab org kampung yana jenis yang bertanggungjawab, diorng buat tahlil untuk arwah tok walaupun hari raya.. petang raya pertama balik kampung, tido semalam kat umah tok.. raya kedua baru balik umah.. raya ketiga plak kawan2 dari kedah datang umah, diorang ni yana kenal masa pergi kem elit kat sarawak, lepas tu ikut diorang pergi beraya kejap.. petang plak dalam pukul 5 pergi reunion form 6 kat sungai belati.. waa... hari2 yang meletihkan yana... huhu...


4 bulan kat umah memang meletihkan tapi dalam masa yang sama dapat jalankan tanggungjawab sebagai seorang anak.. hehe.. rasa malas pulak nak balik um.. macam dah tak nak balik sana je.. huhuhu.. apa pun hidup mesti diteruskan.. perjuangan yana juga harus di teruskan.. tinggal setahun ja lagi untuk yana habiskan pengajian yana, insyaallah.. harapan mak dgn abah mesti di tunaikan.. insyaallah, yana akan buat yang terbaik untuk balas jasa mak & abah & bagi kesenangan dekat diorang.. =)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.