Tuesday, May 31, 2011

entry 9 : KaDaNg2 MeLePaSkAn CiNtA mEmPuNyAi ErTi BaHaGiA..

"kecewa bercinta bukan bermakna matlamat dunia kita sudah pun berakhir.. Jangan kerana ditinggalkan oleh mereka, kita duduk termenung bertemankan air mata.. Sedangkan mereka sedang berbahagia bersama kekasih baru mereka.."


Bahagia itu hadir dalam diri kita walaupun kadang2 orang pandang kita tak bahagia.. kerana bahagia itu tidak semestinya bersama orang yang kita sayangi.. kekadang bahagia itu terserlah dengan melepaskan & merelakan dengan ikhlas melihat orang yang kita sayangi & cintai hidup bahagia walaupun bukan dengan kita..


kekadang kita merasakan apabila kita dapat bersama2 dengan insan yang kita rasakan ada cinta antara 2 hati adalah 1 kebahagiaan yang kita cari selama ini.. sedangkan kita sendiri masih kabur dalam mencari sesuatu yang di panggil bahagia.. adakah kita yakin & pasti , bahagia itu ada bersama apabila kita memiliki orang yang menyintai kita & kita juga menyintai dia.. itu lah kita, amat pasti pada suratan yang kekadang jua mempunyai kegagalan pada akhir cerita..


kenangan itu selalu datang & mengusik jiwa, pada masa kesunyian @ di kala sepi yang panjang, kenangan sering dikaitkan dengan pengalaman yang manis atau yang sering tak dapat dilupakan.. kenangan akan terus mekar untuk diingati & amat susah untuk dilupakan..


buat seseorang yang kita masih cintai & menaruh harapan, kita pasti akan selalu ingat setiap kejadian yang kita lalui bersama dia & saat itu, mata kita pasti berkaca.. & kerana setiap saat berlalu bersama si dia adalah saat yang amat berharga..


kita akan selalu leka dengan perkara yang asyik dibuai dengan perasaan sedangkan berada di sini bukan lah menyesali perkara yang lepas.. namun, sekuat mana kita untuk melupakan, kuat lagi kenangan itu datang mengusik di sanubari..


dan bahagia kita juga bukanlah satu kepastian yang kekal selamanya.. pasti ada dugaan & ujian yang datang menimpa & menduga sejauh mana  kekuatan di dalam diri kita mengatasinya.. dan di situlah kita tahu adakah kita mampu untuk melawan arus sesuatu permasalahan yang timbul pada satu kesusahan..


'merindui seseorang yang bukan lagi menjadi milik kita & kenangan yang terukir amat mengusik jiwa'


dan apabila kita di uji, seharusnya kita sebagai hamba ALLAH bersabar & melakukan yang terbaik supaya sesuatu perhubungan yang terjalin dapat dipertahankan.. di dalam menghadapinya, kita harus ada usaha, kemudian berdoa dan bertawakal kepada ALLAH..


hidup kita bukan untuk memperjuangkan cinta sesama insan.. walaupun itu menjadi lumrah dalam kehidupan kita, tapi letakkan yang utama di dalam hati kita yang semakin hari semakin jauh dalam mencari hakikat.. menangislah ketika iman kita semakin hilang & tabahkanlah hati apabila cinta sesama manusia tidak kesampaian..






mss.. saya yg panggil awak dgn gelaran ini.. biar la saya terus simpan gelaran ini dalam hati & fikiran saya.. tak perlu la ada insan yang cemburu @ iri hati, mss only for me.. mss tak ada kaitan dgn insan lain, if u don't like it, just abaikan.. tak payah main2 dengan gelaran mss tu.. saya yang cipta, jadi saya akan abadikan dalam hati & ingatan saya.. ye.. mungkin bukan jodoh saya dgn awak.. insyaALLAH saya akan cuba terima hakikat ini mulai sekarang.. insyaALLAH saya akan cuba untuk lupakan awak & pergi terus dari hidup awak.. insyaALLAH, saya juga akan cuba untuk merelakan hati lepaskan awak pergi dari hidup saya dengan ikhlas.. itu yang awak minta dari saya.. awak minta saya lepaskan awak dari hidup saya.. ye, saya akan cuba, saya akan cuba.. saya tak kan sesekali ganggu kehidupan awak..


masa dah semakin suntuk, saya dah tak ada banyak masa lagi dah.. tak terniat di hati nak mempunyai musuh dalam hidup ini.. walauapapun yang berlaku, walau hati ini terlalu sakit di pergunakan, walau hati ini dah banyak menahan sabar, saya TETAP diri saya.. seorang insan yang sentiasa maafkan insan lain walaupun hati ini terlalu banyak terluka.. bukan nak meninggi diri, bukan nak tunjuk diri ini baik, tp ini la kenyataan diri ini.. AKU TETAP AKU..


sekarang, fokus pada pelajran yg tinggal lagi setahun.. fokus pada tesis yang perlu di hasilkan.. kumpul duit untuk bantu family, pergi jepun.. lepas habis study, cari keja bantu stabilkan kewangan family.. bila semua impian aku dah tercapai, baru fikir nak kawin.. kawin is the last thing yg aku akan fikir, utamakan keluarga & study..


fokus utama masa cuti 4 bulan ni, lupakan mss, kuatkan hati, keja & kumpul duit bantu family.. alhamdulillah, aku dah dapat bantu family sikit2 guna duit gaji aku yang tak seberapa.. walaupun aku still tak dapat kumpul duit untuk simpanan aku sendiri, aku tak kisah.. aku utamakan family, bantu apa yang patut supaya mak dengan abah senang hati.. =) if mak dengan abah happy, aku pun happy.. rasa sejuk hati aku bila tengok senyuman yang terukir  di bibir mak dengan abah..


mak.. abah..
akak cuba bantu yang termampu akak selagi akak ada kat umah ni.. selagi akak masih ada masa, akak akan bantu bagi kesenangan dekat mak dengan abah..




No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.