|
banner OPKIM.. |
Assalamualaikum.. masa di beri tugasan bagi subjek Petempatan Desa, yana tak ada idea nak buat tentang apa.. ia berkaitan pelancongan desa.. kemudian, terlintas di fikiran tentang Homestay Laman Bangkinang, yana pun apa lg, terus ja decide dgn kawan2 nak pilih tempat ni sbb yana dh pernah pegi.. alhamdulillah, tadi dah pun submit tugasan tersebut walaupun memang menyakitkan hati yana bila kawan2 tak pandai mainkan peranan & lepas tangan.. tak apa la, yana masih mampu tersenyum dengan korang walaupun hati ni sakit sgt bila korang ambil kesempatan dengan sikap diam diri yana.. maaf kawan, diam yana bukan bermaksud korang boleh lepas tangan macm tu ja, yana pun ada perasaan, memang selama kita berkawan, yana tak pernah tinggikan suara, yana sentiasa senyum walaupun ada kata2 yg menyakitkan hati, yana masih mampu bersabar sbb nak jaga hati korang.. tak apala, yana dah tak nak ungkit lagi dah, yana akan bersabar selagi termampu..
tadi tengah tengok2 gambar dalam album Universiti Malaya, tetiba tergerak di hati nak buka album OPKIM N.9.. bila tgk jer, teringat kenangan manis ketika berada di sana.. banyak kenangan pahit manis di sana.. sebenarnya tak terlintas pun di hati yana nak join OPKIM ni sbb yana dh plan nak balik rumah cuti mid sem.. disebabkan atas sebab-sebab tertentu, yana join juga... tak apa lah, sekurang-kurangnya yana dapat pengalaman yg amat berharga di sana, dapat melihat negeri & tempat org.. kebetulan pula masa tu yana masih belum prnh jejakkan kaki ke Negeri Sembilan..
|
just tlg tgk org kacau jer, diri sendiri tak nak kacaukan, malas... |
Program ni telah diadakan pada 13 - 17 Februari 2010.. apabila mengimbas semula kenangan program ini, yana pegi pun sebab insan tersebut yg ajak yana, masa tu memang tak nak pegi, lagipun yana bukan ahli Persatuan Negeri Sembilan (PERMANIS) UM.. lagi pun masa tu yana tak kenal sorang pun kecuali insan yang disayangi, abg mok, abg bob, lepas tu ada beberapa orang budak kolej yana.. masa pergi perjumpaan malam tu pun, yana tawakal ja la, beranikan diri dengan semua yg yana tak kenal, yana positifkan fikiran, "tak apa, insan tersebut ada bersama yana".. hehe.. masa nak pegi pula, biasa la yana kalau dgn orang yg baru kenal, yana akan kurang bercakap, bila dah kenal baru yana ramah..
|
sesi belajar tarian Endang.. |
perjalanan ke sana ambil masa lebih kurang 2 jam jugak la (ingat2 lupa).. bila dah sampai sana, rasa teruja sgt sbb dapat jejakkan kaki ke N.9.. best sgt.. hehehe.. yana dapat tinggal 1 rumah angkat dgn kak awi & kak aisyah.. best tinggal dgn diorng, walaupun baru kenal, diorng cuba hilangkan rasa malu yana dgn diorang.. nama mak angkat ingat2 lupa, hehehe..
sepanjang 5 hari tinggal kat sana, banyak aktiviti yg kita org lakukan.. antaranya mengoca ikan, sukan tradisional, memikat burung wak-wak, kenduri kampung, dan mcm2 lagi la.. & yg paling best, masa kat sana kena belajar tarian Endang, mula2 memang la yana agak malu tp bila tgk akak-akak & kawan-kawan yg join program tu semua sporting, yana pun jadi ok la.. hehe.. agak susah nak belajar tarian Endang tp yana dapat belajar juga dalam masa 4 hari.. tp dah tak berapa ingat dah gerakan tarian tu..
aktiviti mengoca ikan plak, diorang cakap kena terjun sungai.. masa tu dalam fikiran yana tak nak suar & baju basah, risau sungai tu dalam (maklumla kurang ketinggian, takut tenggelam..haha).. tp bila tengok ja sungai tu, hahahaha.. punya la cetek, buat suspen ja diorang ni.. ingatkan ada banyak ikan dalam sungai tu, rupanya cuma tangkap anak-anak ikan temeras je.. (main sebut ja nama ikan ni sbb orang Perlis panggil ikan tu dgn nama tu ok).. mmg lucu la bagi yana, lain dlm fikiran yana, lain pula yg pengalamn yg yana dapt.. hehe.. lepas tu kita orang pegi kolam ikan nak tangkap ikan keli.. yg turun cuma boys ja, girls memang tak turun tp insan tersayang mmg tak turun la, tak nak main lumpur (maklumla orang bandar).. hehehehe..
|
aktiviti membuat penganan nasi.. (baru masukkan bahan2) |
|
bersama keluarga angkat.. |
|
persembahan kebudayaan oleh remaja-remaja di sana.. |
|
permainan pancing botol.. |
Penganan nasi memang terkenal kat Negeri Sembilan.. masa mula2 dengar, yana ingatkan penganan nasi tu pulut kacau, rupa-rupanya dodol (lebih kurang la).. memang tertipu la..huhuhu.. agak rumit la nak buat penganan nasi ni, ambik masa yang lama.. bahan-bahannya tepung, beras atau pulut tak pasti, santan, gula, lepas tu dah tak ingat dah apa lagi bahannya.. yana memang tukang tengok jer time tu, malas nak mengacau.. hehehe. apa pun yana jadi tukang tengok yang setia ok.. hahahaha..
|
kenduri kampung.. |
banyak sangat aktiviti yang dilakukan masa kat sana, kalau nak citer semua, memang boleh buat esei la yana.. hehehehe.. apa pun yana rasa happy sangat sebab dapat menimba pengalaman di negeri orang, dapat keluarga angkat yang baik, sahabat-sahabat baru, dapat cuba main permainan baru masa aktiviti sukan, macam-macam lagi la.. best sangat2.. semuanya masih dalam ingatan yana sampai hari ini.. orang-orang kampung pun peramah... dapat main air terjun (walaupun tak mandi air terjun)..
|
peserta OPKIM N.9.. |
|
penganan nasi yg hampir siap dimasak.. |
|
aktiviti memikat burung wak-wak.. |
|
sesi memotong daging lembu.. (ada org tu cuma jd tukang tengok je) |
|
forum perdana... |
|
permainan tradisional - tarik upih kelapa (tolong la abg bob, anda sgt berat ok) |
|
permainan - pancing botol.. |
|
permainan tradisional - pukul bantal.. |
|
peserta lelaki main bola dlm air lumpur lepas masing-masing dh penat panjat batang pinang.. |
|
sesi bersama adik-adik sekolah rendah & menengah.. |
|
menyanyi beramai-ramai.. |
|
aktiviti mengoca ikan.. (tak tahu kat mana yana time ni) |
|
best je diorng tangkap ikan dalam lumpur.. ni antara ikan yang diorang dapat tangkap.. (pssttt.. salah seekor dari ikan ni ada yg masuk dalam seluar abg mok ye) |
|
ketua kampung - Tok Dollah.. |
ini adalah kenangan indah dalam hidup yana.. dapat kenal kawan-kawan baru.. dapat keluarga angkat jauh.. ntah bila la dapat pergi jenguk diorang, dah la duduk jauh.. huhuhu.. terima kasih kepada insan tersayang kerana sudi teman sepanjang kat sana, andai tiada kamu, yana memang tak akan jejakkan kaki kat sana..
okey.. kat sini yana ada masukkan video persembahan tarian Endang dari group yana.. ingatkan dah tak ada dalam simpanan, tengok2 ada ja dalam bahagian video.. tima kasih awak tolong rakamkan, ada juga kenangan untuk yana & budak2 group yana.. (^_^)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.