Sunday, April 3, 2011

entry 1 : familyku yg tersayang...


ehmm.. kali ni nk citer tntng family tersayang plak.. hehehe.. lpas apa yg berlaku, bg yana skang family perlu d utamakan.. mak pun dh smkn pulih, impian yana skang nk jaga & balas jasa mak dgn abah yg dh bnyk bantu, jaga & didik yana dr kecil.. yana cuma ada mak, abah, along & adik je.. yana syg diorng sgt2..

















yana tak dapat nak bayangkan kalau yana kehilangan family yana.. diorg ja yg masih setia bersama yana.. susah senang, suka duka semua bersama.. maklumla family kecik je, dah tak dak org len lg dh..



abah yana skang bt bendang je, pastu kdng2 ikut org g bt umah, wayering, ambk upah meracun, membaja, mcm2 keja abah yana bt nk sara family, kesian abah.. mak prnh ckp kat yana, bila yana dh hbs bljar baru abah nk bnti ambk upah meracun & bt keja lain, nk utamakan bt bendang sendiri ja, mknanya yana tak blh main2 dlm study, yana kna buktikan pd diorg yana blh berjaya mcm org lain.. kalau nk tahu, yana ni anak manja abah masa kecik2 dulu.. ingt lagi mak prnh citer yg yana dlu hanya nk abah ja, dgn mak xnak langsung.. sampaikan nk pakai pampers lpas mandi pun kna tnggu abah balik keja.. hahaha, truk btul yana ni.. pastu mak prnh citer lg yg yana ni nakal sgt2 time kecik, lg aktif dr abg yana, abg yana plak yg ikut ckp yana.. yana ingt lg dlu2 yana mntk duit kt abg yana tp abg yana tak bg, lpas tu yana geram, yana ambk ranting kayu, pkul abg yana sampai abg yana nangis teresak2, lebam hbs bdan dia, abg yana plak tak melawan apa yg yana bt.. lpas 2 mak kuar bawak rotan nk pkul yana, kbtulan abah baru balik keja, abah nmpk mak bawak rotan, terus abah ambk yana bawak naik moto sbb tak nak bg mak pukul yana.. hahahahahaha, anak manja abah katakan.. YA ALLAH, betapa bnyk dosa yana kt abg yana..

pastu ada lg kes yg yana curi2 kuar umah time tengah ari.. masa 2 mak tak bg kuar sbb panas, kalau nak kuar tnggu ptg, yana punya la nakal, ajak abg yana kuar jgk, btln mak kunci pagar, dkt pagar ada pokok jambu, dahan pokok 2 plak berjuntai ke luar pagar, punya la nakal, yana pnjat pokok tu & trun ikut dahan pokok jambu tu.. pastu kbtulan jiran nmpk, jiran bgtau mak, mak kuar tgk masa tu yana ngah sua tangan nak tarik abg yana dh.. hahahaha, yana plak yg jd tukang ajar abg yana bt bnda2 jahat.

ada lg citer, yg menarik jugak.. masa ni heboh 1 kem tentera cari yana, along & kwn2 yana yg lain sbb ingt dh hilang.. hahaha, seingat yana, ni idea yana, time 2 tak tau nk main apa, kbtln air longkang cetek, ada ikan dlm tu, yana ajak trun dlm longkang tu tangkap ikan, dah la dlm longkang 2.. mak2 kita org heboh cari sbb ingt hilang, last2 dgr bunyi kita org bising dlm longkang, jenguk2 tgk semua ada dalam tu duk tangkap ikan..

semua yg yana citer ni jd masa kita org tinggal di kelantan & sg petani sbb masa 2 abah keja tentera lg.. bila di kenang balik, banyak sgt kenangan pahit manis kami sekeluarga, masa ni adik tak lahir lg kat dunia ni.. yana plak masa ni perangai dh mcm tomboy dah sbb kawan dgn lelaki.. hehehe..

ok, tutup psal kisah yana ank kesayangan abah, nk citer psal mak plak.. tnpa mak, tak dak la yana kat dunia ni.. huhu.. walaupun masa kecik yana lbh manja dgn abah, tp bila dh besar, dah matang, yana lebih rapat dgn mak.. pegi mana2 semua dgn mak.. tp syg, masa yana masuk u, mak atk dpt datang antar sbb keta dh pnuh, abah ja yg ikut antar yana.. kejadian yg menyedihkan yana bila puasa 2009, yana dpt call yg mak masuk hospital sbb serangan angin ahmar.. mmg sedih sgt time 2,yana nangis dpn kwn yana, dh tak dpt nk tahan air mata dh.. ye la, mak yg sihat tiba2 lumpuh separuh badan sebelah kiri.. 10 hari lagi nk raya kejadian 2, yana mmg dh tak blh tumpu stdy, balik semnggu awal sblm cuti raya.. balik ja umah, yana mmg tak menangis sbb yana tak nak mak sedih tgk yana. ye la, mak ckp dia dh tak blh masak, tak blh jalan.. mmg raya thun 2 sgt sedih, selalu umah kita org meriah je tp pg raya 2, umah kita org diselubungi suasana sedih.. abah plak tak bg bt kuih raya time 2, ye la, duit pun tak bapa ada sbb beli barang2 mak.. kbtulan time yana balik 2, pihak SUK call bgtau dana yg yana mntk dh lulus.. alhamdulillah, rezeki masa 2, yana guna duit 2 beli barang2 dapur & umah.. tp alhamdulillah, mak dah sembuh, dh boleh jalan tp mak tak nak gna tongkat, dia nk bljar jln sndri,walaupun dh tak kuat & blh bt keja mcm dlu, sekurang2nya mak dh blh jln, dh blh mndi sndri, blh msak jgk ckit2.. berita yg paling best, masa kenduri acu yana kt kuantan, mak datang jgk, 2 maknanya mak yana dh boleh jalan jauh dh.. hehehehe.. abah plak tak prnh sekali pun merungut bila mak lumpuh.. abah jaga mak, masak, keja & bt mcm2 tp abah x pernah merungut.. akak bangga dgn abah sbb akak dapat seorang abah yg setia dgn isteri & keluarga walaupun isteri abah lumpuh..

ok, along yana pulak.. along yana ni bljar sampai spm je, mcm2 keja dia bt msa lpas spm.. antaranya keja kt kedai roti arab, keja kt ladang kuda, keja ukur jalan, kaji tanah yg nk bt lndasan ketapi.. alhamdulillah skang along dh berjaya dapat keja tetap iaitu polis.. skang dia bertugas di balai polis masai, johor.. bila dh keja kt sana, susah plak dia nk dpt blik, nk jmpa dia pun susah.. sem lpas along ada dtng bukit aman, kbtln dh ada kt KL, dia datang jumpa yana kt kolej, dh lama tak jmpa dia, happy sgt time 2.. dpt jgk along jejakkan kaki kt bumi UM ni..

adik plak tahun ni ambik SPM.. skang ni kt umah cuma ada adik, mak dgn abah ja la.. yana ni ada adik sorang je, so kecian plak tgk dia yg dh kurus sgt skang.. setiap kali blik umah, yana akan tunaikan apa yg dia nak, beli barang2 dia yg tak ckup.. ye la, 2 tnggungjawab yana sebagai seorang kakak, jd kenalah tunaikan walaupun tak keja lg..

abah, mak, along & adik.. i miss & love u all so much.. akak harap & doakan kesejahteraan kalian semua.. abah, tnggl setahun ja lg, lpas ni abah dh tak pyh ambk upah meracun lg dh, membahayakan kesihatan abah.. mak pulak, lpas ni akak akan jalankan tnggungjawab sebagai seorang anak dgn lebih baik.. along, keja elok2 & jaga diri d tempat orang, & bt adik, belajar baik2 & semoga berjaya dalam SPM.. akak sentiasa mendoakan kebahagiaan kita semua.. (^_^)




No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.