Friday, April 27, 2012

entry 50 : port dickson + melaka..

assalamualaikum..

kali ni nak kongsi sedikit pengalaman pegi PD & Melaka dgn budak2 pengajian Jepun yang akan ke Tokyo ujung bulan 6 nanti... =)
baru2 ni pada 21 & 22/ 4, yana dgn kawan2 pegi camping kat PD.. lecturer yana cakap camping ni tujuan nak brainwash sblm p Tokyo nanti tp bukan brainwash sgt pun, tak sampai sejam, yang banyaknya enjoy... yang pegi semua 18 orang termasuk lecturer yana, ada lagi 2 orang student tak pegi, apa masalah diorang tak pegi, tak tau la plak yana.. apa pun, yana bersyukur sebab melalui camping, kita orang dapat merapatkan kembali silaturrahim yang semakin renggang atas sebab2 tertentu.. kita orang pegi 4 buah kereta tapi ari first just konvoi 3 buah kereta ja, sebuah lagi pegi petang coz da sorang member kena pegi Puchong utk subjek Geo yg dia ambik sem ni.. nama ja konvoi tapi last2 semua berpecah sebabnya kereta yana naik dah tersalah masuk tol & kita orang tunggu lagi 2 kereta dekat Teluk Kemang je... 

yana happy pegi camping ni walaupun da terasa hati dgn sahabat yana (always orang yg sama).. tak pe la, bersabar selagi termampu, lagi pun dah nak habis study dah.. =) macam biasa la, bila dah sampai sana, siap2 pasang khemah, lepas tu ada yang pegi mandi laut, kuar beli barang2.. yana plak stay kat khemah je & start bakar ayam utk BBQ.. rasa macam satu family plak bila duduk ramai2 & makan sama2.. dah lama tak rasa suasana macam tu, teringat kembali zaman sekolah time pegi camping.. aktiviti kat sana tak buat apa sangat, malam tu brainwash, lepas tu yana & kawan2 kuar pegi ekspo kat Teluk Kemang, saja cuci mata.. :)

keesokan pagi, macam biasa la, sediakan breakfast untuk semua orang tapi yana tukang tengok je coz yana dah 100% tolong bakar ayam untuk BBQ, so pagi tu yana bagi orang lain plak buat keja.. hehe.. lepas je breakfast, kita orang praktis tarian Joget Toleh Menoleh sebab nak kena buat persembahan time kat Tokyo nanti... settle semua, time untuk terjun laut.. =) 

lepas zohor, dalam pukul 3 lepas siap kemas2 barang & khemah, kita orang bergerak ke Melaka pula.. tapi kat melaka kejap je, pegi jalan2, tengok pameran kereta, makan2 & terus balik UM.. pameran kereta tu maybe sempena Sambutan hari Polis Sedunia...

 alhamdulillah, walaupun banyak dugaan & halangan sebelum nak sampai PD & Melaka (bonet kereta tak leh tutup, tersalah jalan, dll), kita orang selamat pegi & pulang.. tetiba miss that moment.. terasa macam nak je ajak diorang pegi camping lagi.. =)

pasang khemah..
rest before BBQ..

BBQ time..
jalan2 release tension..
preparation 4 breakfast...
ready nak terjun laut..
saja2.. =)
volleyball...
Melaka...


pssstttt : sory la ye.. sejujurnye yana ni tak alim sangat pun... ^_^