Wednesday, June 29, 2011

entry 14 : Takdir ALLAH..

assalamualaikum...


semua yg berlaku pada setiap diri ini adalah takdir ALLAH.. takdir ALLAH juga aku masuk universiti, jumpa ramai kawan, menimba pengalaman pahit manis di universiti.. UNIVERSITI MALAYA.. tak pernah terlintas langsung aku akan menjejakkan kaki ke situ & melanjutkan pelajaran aku di situ.. impian aku dulu cuma nak masuk UITM je.. lepas dapat result STPM, aku harapkan aku dapat UUM tp UM yg aku dapat.. apa pun aku bersyukur kerana dapat melanjutkan pelajaran di universiti..


YA ALLAH..
aku terima takdir yang telah ENGKAU tetapkan untuk aku.. bertemu & berpisah, terlalu banyak kenangan di sana.. dengan takdir-MU, aku berkenalan dengannya.. hanya sekadar junior & senior, sama2 wakil kolej untuk bola tampar, perkenalan yang singkat di facebok, akhirnya hubungan tersebut menjadi intim & mewujudkan perasaan di antara satu sama lain.. YA ALLAH.. aku bersyukur kerana dapat mengenali insan tersebut.. dia telah banyak menyedarkan diri aku & banyak beri nasihat kepada aku.. walaupun hubungan itu putus di tengah jalan, wujud pergaduhan, perasaan benci tapi dengan takdir-MU juga YA ALLAH, kami kembali bersatu hati, kembali bersama.. ALHAMDULILLAH, dia sudah buang ego dia, dia mengaku masih sayangkan diri ini, masih cintakan diri ini, namun dia mengaku hubungan ini tak dapat di teruskan kerana masih ada halangan.. apakah halangan tersebut, biarlah aku & dia saja yang mengetahuinya..


YA ALLAH..
dalam tempoh sebulan kami berbaik, terlalu banyak kenangan indah kami ukir bersama.. kasih sayang & perhatian yang dia beri & tunjukkan pada aku tak pernah berubah seperti dulu.. ye, dia masih cintakan diri ini.. YA ALLAH, sememangnya telah banyak janji yang di cipta bersama, tapi aku tak dapat tunaikan semuanya kerana diri ini terlalu lemah YA ALLAH.. terlalu sedih & perit untuk terima hakikat yang diri ini cuma sekadar insan kedua dalam hati nya.. memang aku dah tak nak kehilangan dirinya lagi tapi aku terpaksa lakukan semua itu sekali lagi demi kebahagiaan dirinya.. aku tahu dia bahagia bersama si dia.. aku terpaksa lakukan semua ini, aku terpaksa.. sesungguhnya aku tak nak lakukan semua ini YA ALLAH, aku tahu aku tak boleh hadapi semua ni lagi tapi aku terpaksa..


KOLEJ KEDIAMAN KINABALU..
kolej yang menempatkan aku dengan dia.. di sana kami bertemu, di sana juga kami berpisah.. tiga tahun dia menetap di sana & tiga tahun juga aku akan menetap di sana... biarlah semuanya bermula & berakhir di sana.. biar lah semua kenangan terhapus bersama di sana..




YA ALLAH..
andai dia telah dicipta untukku, ENGKAU satukanlah hatinya dengan hati ku..
tapi YA ALLAH, andai dia bukan diciptakan untuk aku, ENGKAU berikanlah yang terbaik untuk diri ini..


andai benar kamu adalah jodoh saya, kita akan tetap bersama juga satu hari nanti.. cari lah diri ini seandainya kita benar2 di takdirkan untuk bersama.. segala kenangan kita, masih terpahat di hati & ingatan.. sukar untuk di lupakan.. namun, saya akan cuba untuk melupakan.. saya tahu, dia adalah yang terbaik untuk awak..saya doakan kebahagiaan awak..


"dengan takdir-NYA kita bertemu, dengan takdir-NYA juga kita berpisah.."