Saturday, November 26, 2011

EntRy 33 : HoteL seRi PaciFic + PD + baTu cAveS..

assalamualaikum..


entry kali ni yana kongsi sedikit pengalaman pegi dengar talk + jalan2 kat PD & juga Batu Caves..


25 November 2011..
tarikh ni merupakan tarikh di mana yana & kawan2 buat keputusan nak join pegi Hotel Seri Pacific & sanggup e-mail lecturer kat Jepun minta tunda kelas... niat utama bukan nak pegi dengar pun tapi nak pegi makan ja.. haha.. alhamdulillah, tercapai juga hasrat semua orang nak makan free puas2 kat hotel.. talk tu di sampaikan oleh H. E. Dr. Pitsuwan, paham2 lah, yana mmg x dengar apa pun yg dia cakap coz tido dengan kawan2 kat belakang.. huhu..

muka2 excited nak pegi makan bersama tutor kita org iaitu En. Ikbal.. =)

bersama kawan karib d Jbtn Asia Timur

^_*

dah habis dh, time to eat.. =)

muka2 nak cepat balik kolej.. :p



26 November 2011..
tarikh ni plak yana dengan budak2 jabatan geografi ada fieldtrip di PD & juga Batu Caves.. napa kita orang pegi tempat2 macam tu?? sebab fieldtrip kita org under subjek Geografi Pelancongan, so kena la pegi tempat2 pelancongan.. macam biasa la, kena bangun awal2 pagi, berkumpul & bertolak ke destinasi yang di tuju dengan menaiki bas SEKOLAH.. hai, lama bebenor dah tak naik bas sekolah, jadi macam pegi rombongan sekolah plak siang tadi.. huhuhu.. alhamdulillah, walaupun pertama kali sampai ke Rumah Api Tanjung Tuan & juga Batu Caves, yana berjaya jugak sampai ke puncak walaupun terpaksa mengharungi dugaan yang memang menguji stamina.. ye la, tak buat senaman apa pun, tetiba kena jungle tracking nak pegi rumah api, ingatkan bukit biasa2 ja, alahai, curam nak mampos.. macam tu la jugak tangga Batu Caves.. walaupun terpaksa berhenti beberapa kali untuk menarik nafas & merehatkan kaki, sampai juga ke puncak.. hehehe..











Thursday, November 24, 2011

EnTry 32 : SaraWak...

assalamualaikum..


kali ni nak kongsi sedikit pengalaman masa pegi kem wakil negeri di sarawak.. nama program tersebut ialah " KEM ELIT PRA-U " & telah diadakan pada tahun 2007, bulan berapa dah x bapa nak ingt tapi yang sure selepas hari raya aidilfitri.. program tu untuk student form 6..


macamna boleh terpilih???? hmmm, ntah la.. yana pun tak sure sangat macamna yana boleh terpilih tp yang yana tau, cikgu2 kat sekolah memang kenal yana.. bukan nak bangga diri tapi kenyataan coz yana aktif dalam persatuan masa sekolah dulu.. selain dari tu, yana ni pengawas sekolah a.k.a ketua pengawas perempuan masa tahun 2006 & selalu wakil sekolah dalam debate, syarahan, pidato.. lagipun, kawan2 yana majoriti masuk politeknik & universiti, yana tak dapat, so yana sorang je student kelas depan yang masuk form 6.. maybe sebab tu la kan yana terpilih wakil sek & sekaligus wakil negeri Perlis untuk program ni di Santubong, Sarawak... best memang la best terpilih ke sana.. ye la, dapat pegi tempat orang, pastu dapat naik flight.. memang teruja la bila dapat pegi.. hehehehe


banyak aktiviti yang dijalankan kat sana.. pengalaman yang menyeronokkan bagi yana.. ye la, dapat jugak rasa sistem masa kat sana, makanan masyarakat Sarawak.. dapat kawan2 baru tapi program ni lain sikit dari program2 yg pernah yana pegi, yana tak dapat ramai kawan baru coz group yang kecik..


alhamdulillah.. walaupun program tu dah lama berlalu, berkat doa semua orang & usaha masing2, majoriti yang pernah ikuti program tu dapat masuk universiti.. walaupun dah lama terpisah, tapi sekarang ada rakan2 yang cuba kumpulkan semula semua orang untuk lepaskan rindu masing2 & berborak tentang kenangan2 lalu.. melalui program ni jugak la terbitnya bibit percintaan.. ceewaaahhhh..


ok la.. kat sini yana lampirkan sikit gambar kenangan yana masa dekat sarawak.. :p

wif kawan2 dari Perlis


D Kg Budaya..

Gotong-royong bersama family angkat..

D airport Kuching..

:p

D KLIA..


muka2 x cukup tido & ready utk senaman pagi & poco2..


This is my group..

wif Ira & hanim..

dinner wif friends from Perlis..

wif Su & Hanim..

Wif mak cik yg jaga umah ni.. hehehehe

RINDU KENANGAN LALU..
ENTAH BILA LA DAPAT PEGI SARAWAK LAGI..
I MISS NAK PEGI SARAWAK !!

Tuesday, November 22, 2011

enTry 31 : krEdiT tO hiM..


assalamualaikum..

why i say credit to him???
hmmm... bcoz "dia" yg tlg editkan gambar yana ni masa yana kenal "dia" dlu..
siapakah "dia" yg dimaksudkan???
hehehehe.. of course lerr MSS..
ingatkan dah delete dah gambar ni, rupa2nya still ada dalam simpanan yana..
thanks to him bcoz sudi editkan gambar ni untuk yana..
actually ada 1 lagi gabungan gambar yana dengan "dia" yang dia editkan dulu tapi yana dah delete lama dah..
tak apa la, kalau di simpan pun tak gunakan..

tujuan utama post gambar ni sebab nak say thanks to him jerr...
tak da maksud lain pun.. =)

THANKS AGAIN.. ^_*

Tuesday, November 15, 2011

EnTry 30 : bErAkHiR sUdAh......

assalamualaikum..


hmmm... dah tak da apa lagi dah yang perlu difikirkan selepas ni.. dah tak da lagi kaitan di antara kita.. kamu dgn dunia kamu & saya dgn dunia saya.. kamu lebih bahagia dgn si dia.. jadi ini jalan yang terbaik.. saya dah pulangkan barang2 kamu siang tadi, harap2 barang2 tu akan sampai di tangan kamu dalam masa yang terdekat.. kamu habiskan pengajian dengan hati yang tenang.. so, saya pun boleh buat macam kamu jugak.. saya juga inginkan yang terbaik dalam hidup saya, ingin dapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan & graduate dgn keputusan yg membanggakan kedua ibu bapa saya.. saya juga ingin graduate dalam tempoh yang ditetapkan.. lepas pos barang2 kamu siang tadi, hati ini terasa sedikit tenang sebab dah tak perlu lagi melihat semua tu dalam simpanan saya lagi..


sekarang dah tak da  apa2 lagi dah, yang tinggal hanyalah kenangan2 lalu.. namun, kenangan2 tersebut akan cuba saya kikiskan dari memori ini sedikit demi sedikit sebab saya tak mampu untuk kikiskan semuanya serentak.. saya hanyalah seorang insan biasa yg lemah dengan dugaan duniawi, persekitaran saya sekarang membuatkan saya masih belum mampu mengikis semua kenangan kita.. insyaALLAH saya akan buktikan yang saya mampu untuk lupakan kamu, saya mampu jalani kehidupan seperti dahulu sebelum saya mengenali kamu.. saya akan buktikan pada semua yang saya boleh lakukan.. selepas ini tiada lagi insan bergelar MSS dalam hidup saya, saya ingin lupakan insan tersebut & cuba untuk tidak mengenali insan tersebut selepas ini..


fokus saya sekarang ialah siapkan latihan ilmiah saya & try the best untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam pelajaran saya.. saya akan terus pandang ke hadapan & busykan diri dgn hal2 jabatan.. saya perlu pastikan target saya tercapai..


*siapkan latihan ilmiah
*buat yg terbaik dalam exam supaya tak kantoi coz target nak habiskan pengajian bulan 6 2012
*pastikan program ke Jepun tercapai


** Tokyo, i'll come !!!

Monday, November 14, 2011

entry 29 : AIDIL ADHA '11

assalamualaikum..


pejam celik pejam celik, kejap je masa berlalu.. cuti pertengahan sem bagi semester I pun dh tamat, skarang dh minggu ke-7 study dah a.k.a dah ari ke-9 raya haji @ korban.. raya kali ni ala kadar je.. yana & family tak balik kg pun sbb tok yana tak dak kat umah, dia ada kat mekah untuk tunaikan haji.. persiapan raya pun tak dak tahun ni.. ari jumaat tengah ari balik umah lepas habis kelas, sabtu pagi kuar pegi cari barang2 dapur & sikit kuih raya untuk hidangan tetamu..


raya pertama yana duk umah je macam biasa, teman mak & tolong siapkan apa yang patut.. tengah ari plak pegi umah pak ngah ( abg abah) sbb dia buat korban, lepas tu pegi umah tok su, balik tu singgah la umah jiran2 dalam kg yana.. and then, tetamu datang umah lagi.. haishhh, mmg raya pertama ni selalu tak boleh nak pegi raya la coz ada ja orang nak datang umah beraya, geram betul yana.. huhu..


raya kedua plak yana, mak, abah, pak su & mak su pegi Parit Buntar, Perak umah mak teh (isteri arwah pak teh).. saja pegi beraya + melawat mak teh coz yana tak pernah lagi p umah dia yg dkt Perak tu, mak pun dh lama tak jmpa mak teh.. yana dah jumpa dah masa konvo sepupu baru2 ni.. tujuan pegi Perak tu bukan apa, nak tanya khabar mak teh sbb dgr khabar dia dapat ugutan dari ex-husband (suami ganti slpas pak teh meninggal) dia sbb dia tak nak dekat ex-husband dia tu.. ishhh, mcm2 la yg jadi.. dunia2... dah org tak nak, ugut2 plak nak suh rujuk, mcm2.. semoga lelaki tu tak kan ganggu mak teh lagi dah..


lepas tu, kita org singgah plak Padang Serai, umah pak ndak (abg mak).. nak jadi citer, abah tak ingat plak no. umah pak ndak tu, biasa la dah pegi lama2 sekali, mana la nak ingt lorong & umah, dah la umah banyak kt situ.. call pak long dgn mama, diorang tak jawab, call mak cik maliah, dia pun ingat2 lupa nombor umah, call pak ndak, fon dia off.. yana plak, jgn harap la nak hafal, tak ambik tau langsung..mcm2 la dugaan ari tu.. dekat sejam jugak la kita org pusing2 kat situ sampai dah nak putus asa dah.. last2 pak su buat kptsn pusing sekali lagi kat lorong tu, mak su yana call mak cik yana sekali lagi nak tanya no. plat keta pak ndak yana, kbtln time tu, pak su yana benti betul2 depan umah pak ndak yana, kebetulan jugak anak dia yg sulong baru balik naik moto, masa kita org pusing2 tu, bayang budak2 tu pun tak nampak tau.. huhuhuhu.. bila dah comfirm no. plat keta, kita org baru la turun keta, rupa2nya bateri anset pak ndak yana dh habis, dia plak baru ja sampai umah sbb balik kg sebelah wife dia.. mcm2 kebetulan yg berlaku ari 2.. puas jugak la berjalan ari 2, pukul 10 mlm dah baru sampai umah..


raya tahun ni yana mmg banyak duk umah ja, umah kawan2 pun yana tak pegi.. ari ahad (13/11) yana dah bertolak balik UM dah.. rasa malas sangat nak balik UM.. dah tak macam dulu2 lagi dah.. dulu excited sangat bila nak balik UM, skang ni rasa nak cepat2 kuar dari Um ja..


ok la.. setakat ni ja untuk entry kali ni.. semoga yana dapat teruskan perjuangan ni sehingga bulan 6 tahun hadapan, insyaALLAH.. lepas tu, bye2 UM, dah tak nak sambung study lagi dah... =)