Tuesday, September 27, 2011

eNtrY 23 : JaLan2 MeLaKa + i-CiTy..

assalamualaikum...


kali ni just nak kongsi sedikit pengalaman pegi makan angin dengan sahabat2 baik yana di jabatan pengajian asia timur...


23 september 2011: tarikh ni baru kita org kelam kelibut call & cari kereta sewa.. awal pagi tu dah dapat dah kereta sewa tapi secara tiba2 time maghrib chinese tu call kawan yana bagi tau yang keta just boleh dapat petang je dalam pukul 2, pagi tak boleh.. malam tu kita orang apa lagi, gelabah la.. ingatkan plan berjalan dengan lancar tapi ada juga halangan.. kawan2 yana call ja keta sewa yang ada kat diorang tapi semua full sebab hujung minggu kan.. bila yana tanya jadi pegi ke tak, sorang pun tak bagi kata putus, yana apa lagi, fedup la, terus tido sebab malas nak pikir lagi.. huhuhu




24 september 2011 : pukul 5 pagi yana terjaga & tengok anset, kawan yana mesej suh yana pulak call nombor keta sewa mana ntah.. tapi pukul 8 ke atas.. yana dah malas nak tunggu, dalam pukul 7 lebih, yana search
internet & call keta sewa yang yana jumpa, tak tau la bapa tempat keta sewa yang yana call tapi semua dah full.. memang tension sesangat.. kawan2 plak masing2 tak bangun tido lagi.. huhuhu,, last2 yana search ada 1 tempat keta sewa kat pantai permai ada banyak keta, bila yana call, yang ada just keta wira auto je tapi alhamdulillah la sebab memang kita orang cari keta auto pun coz kawan yana tak pandai bawa keta manual.. yana plak???? yana boleh je drive keta manual tapi masalahnya yana tak da lesen, kang tak pasal2 kena saman.. huhuhu.. dalam pukul 10 lebih kita orang gerak ke melaka.. kalau ikutkan hati, yana tak nak pegi melaka sebab ada kenangan dekat sana.. baru pegi sem lepas, sem ni kena pegi lagi dengan kawan2.. terpaksa la yana tahan perasaan bila lalu dekat tempat2 yang tinggalkan kenangan untuk yana.. dah hampir nak lupa tapi yana terpaksa ingat balik semua tu.. air mata??? yana tak kan menangis depan kawan2.. biar lah ia menjadi kenangan dalam hati & diri yana.. bilik tempat yang sesuai untuk yana lepaskan rasa sedih yana.. bukan depan kawan2..




seronok ke pegi melaka???? hmmmm... yana tak rasa seronok langsung.. ye la, rasa tak dihargai.. lepas tu, ada sorang kawan yana ni asyik nak salahkan yana je.. ye la, macam diri dia tu ja yang betul.. sakit hati jugak, rasa macam nak patah balik um je, kalau yana yang drive, memang 100% yana patah balik um dah.. buat apa pegi kalau orang asyik nak salahkan kita.. padahal benda tu tak da kaitan langsung dengan yana, cuma kebetulan je masa tu yana yang masukkan kunci kereta & pegang tiket bayar parking keta... dia yang drive, sepatutnya dia la yang lebih arif mana 1 kunci kereta.. adoi.. tensionnnnn !!!!


tiket tu plak mentang2 yana yang tolong simpan, bila mesin tu tak terima, dia salahkan yana lagi, padahal tiket tu boleh je bayar kat kaunter.. ehmmm, sabar je la yana ni dengan perangai dia...


sepanjang masa kat melaka, kawan dia yang tolong tunjuk tempat tapi just pegi 2 tempat je.. tak best langsung !!! balik dari melaka kita orang terus pegi i-city sebab ada lagi sorang kawan yana yang tak pernah pegi sana.. yana??? masuk sem ni dah 4 kali dah yana pegi i-city.. sem lepas 3 kali yana pegi i-city... cuma kali ni da perubahan dekat sana, ok la tapi tetap tak enjoy.. napa tak enjoy?? sebab dekat sana juga ada kenangan untuk yana.. ke mana ja yana pegi, ada ja kenangan.. huhuhuhu




25 september 2011 : pegi antar kereta sewa.. ntah la, sakit hati lagi.. kalau dah tau jalan sangat, lain kali jangan tanya yana.. ni tak, tanya yana, bila yana bagitau jalan, lepas tu komplen cakap jalan tu jauh, dah tau jalan dekat ada, napa tak masuk ja, tanya buat apa lagi.. bengang betul yana.. asyik dia ja nak yang betul.. ingat dia sorang ja tau naik angin?? ingat yana tak tau naik angin ke??? selama ni yana bersabar ja.. kang yana naik angin, jangan sapa pun kata apa.. menyesal pun ada pegi sana tapi dah pegi dah pun, so menyesal pun tak guna.. lagi pun dah selamat pegi & balik dah.. yang penting lepas ni dah tak nak kuar makan angin dengan kawan2 dah kalau melibatkan kereta sewa.. serik !!




okey la.. kat sini yana lampirkan sedikit gambar kita orang masa dekat melaka & jugak i-city.. =)


yana, farhah, dayah & liza..
3 dara..

botanical garden
i-city

ala2 model.. ahak..

beca yang menarik, orangnye x.. =)
bersama bodyguard kita org iaitu aliff a.k.a bf dayah

wif kawan baik farhah.. nazirah
muka2 kepenatan sebab kena naik tangga.. huhu

merdeka!! merdeka!! merdeka!!
macam kat jepun dah.. =)


model batang pokok.. =)

sesuai x jadi perempuan melayu terakhir??? hehehe
model kew??











Tuesday, September 20, 2011

enTry 22 : Kawin, kAwIn, KaWin......

assalamualaikum.. kali ni yana just nak kongsi rasa gembira sebab sepupu & juga sahabat baik yana telah selamat diijabkabulkan.. alhamdulillah..






sepupu yana a.k.a amiruddin @ lebih dikenali dengan panggilan abg cik oleh yana & adik beradik yang lain dh selamat bernikah pada 4 september 2011.. yana pun cuma di jemput melalui facebook je sebab dia kawin mengejut.. kenduri baru sebelah perempuan, sebelah lelaki belum lagi... dengar khabar, pengantin perempuan orang Segamat, Johor..


abg cik & his wife..


kawan yana ni plak akad nikah pada 10 september 2011 di rumah pengantin perempuan yang juga merupakan classmate yana kat um ni.. alhamdulillah, diorang telah selamat diijabkabulkan, mungkin jodoh diorang awal kan.. walaupun tak semua pihak bersetuju dengan perkahwinan ini, tapi semua terpaksa menerimanya sebab kedua2 belah pihak iaitu dari lelaki & perempuan dah setuju.. pihak2 lain yang tiada kaitan @ talian persaudaraan hanya mampu menerima & mengucapkan tahniah serta mendoakan kebahagiaan mereka berdua..


yana pun pada mulanya agak terkejut bila dapat tahu berita ni tapi jodoh pertemuan, ajal maut di tangan Tuhan.. kita hanya mampu merancang..


syafeeq & maryam..

kepada abg cik & isteri serta syafeeq & maryam... yana doakan kebahagiaan kalian semua.. semoga berbahagia sehingga akhir hayat...


maaf sebab tak dapat hadir majlis kalian, keadaan tidak mengizinkan.. insyaALLAH, kalau berkesempatan & di jemput, yana akan ke majlis kalian di perak nanti... majlis yana pulak... hmmmmm.... just wait & see bila kad dah di edar.. hehehehe.. ( macam la nak kawin sekarang kan.. =P )

Wednesday, September 7, 2011

entry 21 : mas kawin ~ senaskah al-quran

Apabila disebut tentang Mas Kahwin, kebanyakan wanita kini hanya memikirkan jumlah atau nilai wang yang ditetapkan untuk Mas Kahwin mereka. Kalau diikutkan, nilai Mas Kahwin berbeza mengikut negeri asal wanita yang ingin berkahwin.
Kadang-kadang tidak sampai ratusan ringgit. Namun pada trend kini, kebanyakan meletakkan Mas Kahwin mengikut kemahuan atau kemampuan pasangan masing-masing. Bukan apa, itu disimbolkan sebagai hadiah kepada wanita atas kesediaannya untuk menerima bakal suami untuk hidup bersama.


Sebagaimana firman Allah:
"Berikanlah kepada orang-orang perempuan itu Mas Kahwin mereka." [Surah an-Nisa, Ayat 4]


Selain Mas Kahwin, ia juga disebut sebagai Mahar. Hukumnya adalah wajib. Pada zaman Rasulullah S.A.W dahulu Mas kahwin dibayar dengan berbagai cara iaitu rumah, kebun, mengajar atau membaca al-Quran, mengajar ilmu agama, senaskah kitab al-Quran, sejadah sembahyang, pakaian sembahyang atau sebagainya.
Namun, pada zaman kini masih lagi ada golongan yang mengamalkan cara bayaran Mas Kahwin seperti ini, akan tetapi sangat sedikit bilangannya. Sebenarnya apa yang ingin dibincangkan di sini ialah apakah hikmah memilih senaskah al-Quran sebagai Mahar kepada wanita yang bakal dikahwini.


Sabda Rasulullah S.A.W :
"Carilah untuk dijadikan Mas Kahwin walaupun sebentuk cincin yang dibuat daripada besi." [Riwayat al-Bukhari dan Muslim]


Sesuatu yang berguna dan berfaedah seperti wang, barang atau sesuatu yang bermanfaat sangat dianjurkan oleh Islam untuk digunakan sebagai Mas Kahwin. Nyata, al-Quran adalah pilihan yang sangat terbaik sebagai Mas Kahwin kerana kandungan dan isi al-Quran mempunyai gudang ilmu yang sangat luas dan penuh manfaat.


Rasulullah juga pernah mengahwinkan seorang lelaki yang tidak memiliki sesuatu apa pun untuk dijadikan Mas Kahwin, lalu Rasulullah bertanya kepada lelaki itu.


"Adakah pada engkau sedikit dari ayat-ayat Quran?" lelaki itu menyahut bahawa dia ada mengingati beberapa surat (ayat-ayat al-Quran), kemudian Rasulullah pun mengahwinkan lelaki itu dengan bermas kahwinkan surah yang diajarkan kepada perempuan yang bakal menjadi isteri lelaki itu.
Lihat, mudah dan halus benar maksud Rasulullah. Banyak kebaikan yang kita dapat daripada ajaran Rasulullah S.A.W ini. Si isteri bukan sahaja dapat mempelajari ilmu Allah, malah dapat mempratikkan dan membacanya selalu dan apabila ilmu yang diberi diamalkan oleh orang lain, ternyata bertambahlah pahala si suami yang memberikan ilmu tersebut.


Antara hikmah senaskah al-Quran sebagai Mas Kahwin ialah:
1. Al-Quran lambang teragung dalam agama Islam dan pemberiannya kepada insan lain umpama satu penghargaan yang tidak ternilai kepada kitab suci tersebut. Malah takrif sesuatu perkahwinan itu dapat ditafsirkan melalui pemberian al-Quran sebagai lambang cinta sejati bersyariatkan agama kepada si isteri.
2. Dapat membawa keberkatan seandainya pasangan mengamalkan isi kandungan al-Quran dalam hidup berumahtangga bersama selepas diijabkabulkan.
3. Mendapat kebaikan dan pahala andai si isteri selalu membacanya, bukan sahaja si isteri malah suami yang memberi juga turut mendapat pahala hingga ke Akhirat.
4. Seperti yang kita tahu, emas juga ada kebaikan jika dijadikan sebagai Mas Kahwin iaitu sebagai pelaburan. Namun ia lebih bersifat material dan mungkin akan habis begitu sahaja di dunia. Namun ayat-ayat al-Quran tidak akan pernah habis dan berakhir walau dibaca berulang-ulang kali dan ayat al-Quran tersebut dapat diajarkan kepada anak, cucu-cicit hingga selama-lamanya.
5. Andai si suami telah meninggal dunia, seperti kita ketahui hanya amalan, anak yang soleh serta ilmu yang berguna sahaja dapat membantu di Akhirat kelak. Al-Quran yang diberi kepada isteri insya-Allah dapat memberi kemudahan dan ketenangan di sana.


Tiada apa yang dapat dilakukan oleh seorang isteri melainkan sentiasa berdoa dan melakukan amalan-amalan yang bermanfaat untuk suaminya yang telah meninggalkannya. Andai si isteri sentiasa membaca al-Quran yang diberikan oleh arwah suami sebagai Mas Kahwin, nescaya Allah akan memberi ganjaran yang berganda-ganda kepada roh suaminya.


Begitulah betapa besarnya hikmah memilih al-Quran sebagai Mas Kahwin. Kebaikan dan faedah yang dapat kita perolehi untuk membina sebuah keluarga bukanlah mengambil masa atau tempoh yang singkat, ia mengambil jangka masa yang panjang dan kita perlulah memandang lebih jauh untuk masa-masa akan datang.


Andai ingin kebahagiaan bukan sahaja di Dunia dan Akhirat, marilah menghargai ilmu Allah yang telah dikurniakan kepada kita. Apalah sangat hendak dibandingkan dengan kebahagiaan di dunia yang hanya sementara ini. Yang selalu kita nantikan ialah kehidupan abadi di Akhirat sana kelak iaitu sebenar-benar kehidupan abadi.




note : memang dari dulu niat yana cuma inginkan mas kahwin senaskah al-quran.. semoga hasrat yana akan termakbul satu hari nanti..


Tuesday, September 6, 2011

EnTrY 20 : hanYa TingGal kEnanGan..

assalamualaikum..


kali ni yana tak nak citer apa2 pun, just nak kongsi gambar kenangan raya 2010 bersama arwah tok.. gambar ni pak lang yana yang tolong ambikkan guna kamera dia.. bila dah add fb diorang, yana mintak diorang uploadkan dalam fb.. yana ambik nak simpan sebagai kenangan.. begitu cepat arwah tok pergi meninggalkan kami semua..


dulu arwah tok wan tak dak masa puasa yang ke-4, masa tu yana kecik lagi, umur berapa ntah, adik yana pun tak lahir lagi masa tu,adik yana ja yang tak sempat tengok arwah tok wan, dia tak kenal pun sapa tok wan (ayah abah)..yana dengan abang yana ja yang kenal.. huhu.. tahun ni, 9 Ogos 2011 (puasa ke-9) tok pergi meninggalkan kami semua pada jam sekitar 7.40 pagi.. tok menghabiskan nafas terakhir di samping abah, mak, tok su harun, tok su teh, mak long solehah & wa yob di terataknya sendiri.. dua hari sebelum tok meninggal. tok tido di umah yana.. tok sempat tido 2 malam.. pagi tok meninggal, tok bawa balik bantal & bagi tau mak yang dia dah tak tido kat sini dah kot (umah abah yana).. tu salah satu petanda tok bagi cuma kita orang ja yang tak perasan lagi.. selalu tok solat subuh kat umah yana baru balik umah dia tapi pagi tu, tok balik solat kat umah dia sendiri.. yana plak tak sempat nak mintak maaf sebab sibuk ke sana ke sini minta nombor fon ambulan, bagi tau tok su 'a.. bila yana balik umah, tok dah tak da dah.. begitu cepat tok pegi.. ye la, tok meninggal secara mengejut, tak sakit.. itulah janji ALLAH kepada setiap makhluk-Nya.. tak kira tua, muda, sihat, sakit, kaya @ miskin.. janji ALLAH sangat tepat & tidak terlewat walau pun sesaat..


yana sendiri pun ntah bila ajal yana.. ntah sekejap lagi, malam ini, esok, lusa @ bila.. bila di ingat & di pikir kan, belum cukup amal kebajikan yang yana lakukan.. masih terlalu banyak dosa yang belum terampun.. masih banyak janji & harapan masih belum termakbul.. yana harap yana akan pergi meninggalkan dunia ini setelah yana dapat balas jasa mak & abah & beri kesenangan kepada diorang.. yana ingin jadi anak yang solehah.. yana ingin jaga mak & abah seperti mana diorang jaga yana dari yana di lahirkan sehingga dewasa..


semoga doa yana di makbulkan.. semoga impian yana akan tercapai.. semoga yana dapat tunaikan impian mak dengan abah untuk lihat yana berjaya dalam hidup yana..


di sini yana lampirkan beberapa keping gambar raya tahun 2010 bersama arwah tok yana.. gambar raya tahun ni tak sempat ambik 1 family..

arwah tok bersama adik kesayangannya..

bersama sebahagian keluarga sebelah abah..

yana, mak, abah, adik & wa mat (abg abah)

abah bersama arwah ibu kesayangannya..

Monday, September 5, 2011

eNtRy 19 : rAyA 2011..

assalamualaikum..


raya tahun ni ala kadar je, tak meriah sebab yana tak larat nak buat semua keja sorang2.. ari raya pertama just duk umah je layan tetamu, banyak betul budak2 datang umah tahun ni.. tahun ni macam biasa la, just buat kuih raya & pasembor (rojak)..petang plak lepas asar terus balik kampung, tido semalam kat umah tok, raya kedua balik umah & beraya kat dalam kampung plak..


raya ke-3 da reunion dengan bebudak ex-form 6 2007, pagi tu kawan2 dari kedah datang, diorang ni yana kenal masa pegi kem elit pra-u kat sarawak.. alhamdulillah sampai sekarang masih terjalin lagi persahabatan kita orang.. ikut diorang beraya & balik pegi reunion plak..


raya ke-5 plak yana da reunion dengan bebudak ex-form 5 2006.. raya tahun ni yana banyak reunion la.. jumpa kawan2 lama.. dah lama tak jumpa, ada yg semakin gemuk, ada yang semakin kurus... hmmm, pelbagai kerenah.. yana plak diorang cakap makin kecik... pergghhh, best giler dengar.. huhuhu..


sedar tak sedar, pejam celik pejam celik, dah kat 4 bulan dah duk umah.. dah nak balik um dah.. alahai.. berat betul hati ni nak balik sana sebab dah lama sangat cuti, sampai terlupa yang yana ni still study.. ingat dah habis dah.. huhu..


insyaALLAH, balik um yana perlu tumpu pada tesis, kalau tak, tak graduate la yana nanti.. apa pun, yana perlu pandang ke hadapan, lupakan segala kenangan lalu.. set in my mind yang yana ada lagi setahun ja lagi, lepas tu yana dah tak nak jejak kaki ke bumi Universiti Malaya lagi selepas yana konvo.. terlalu banyak kenangan di cipta di sana.. so yana akan biarkan semua kenangan tersebut terkubur di bumi Universiti Malaya.. yana perlu mulakan hidup yana yang baru..






note : i know i can do it !!

tahun ni mak tak beli baju raya.. maafkan akak, akak tak dapat tunaikan janji akak nak beli baju raya untuk mak & abah tahun ni..

adik saya yg sorang..

abah.. =)

baju raya tahun ni, cari last minit, so dapat yg ni je sbb size yana dah habis.. huhuhu..


Friday, September 2, 2011

eNtRy 18 : 4 BulAn KaT uMah..

assalamualaikum.. hmm, kali ni yana nak kongsi serba sikit aktiviti yana selama 4 bulan duk kat umah ni..


hmmm.. masa mula2 balik umah memang la rasa bosan sebab tak tau nak buat apa, sempat keja kejap ja, lepas tu dah tak keja dah.. menghabiskan masa kat umah ja la, habiskan beras & duit mak abah.. hehe.. tapi yana bersyukur sebab tahun ni dapat puasa penuh kat umah, dapat bantu mak abah buat apa yang patut untuk ringankan beban diorang..


puasa tahun ni yana rasa sedih sikit sebab nenek sebelah abah telah pergi menghadap Ilahi pada hari ke-9 puasa.. mudah citer, yana panggil nenek yana 'tok'.. tok pergi secara mengejut, sempat bermalam di umah yana 2 malam.. 2 hari sebelum tok meninggal memang tok sakit tapi sebab angin ja, sehari sebelum tok meninggal, dia dah sihat dah tapi tak sangka tok dah tinggalkan kami semua di sisi abah, mak, tok su.. nasib baik abah tergerak hati nak p tgk tok waktu tu, lepas tu tiba2 ja abah panggil yana suruh call tok su & pak ngah yana.. bila yana pergi tengok, tok dah nazak dah.. yana tak sempat nak minta maaf sebab yana sibuk pergi bagi tau orang & pergi tanya nombor fon ambulan, bila yana balik ja, yana tengok tok dah tak da.. sedih sangat sebab tak sempat nak minta maaf walaupun umah tok sebelah umah yana ja.. orang kampung dah semestinya terkejut bila tau tok dah tak da.. ye la, masa yana pergi bagi tau diorang, tok masih hidup lagi, bila diorng sampai umah nak tengok & tanya yana, diorang semua terkejut.. jenazah tok di kebumikan lepas zohor, along comfirm2 tak sempat tengok sebab dia keja kat johor, lagi pun tiket nak balik kampung dah habis dah.. yana tak sempat nak minta maaf, yana cuma mampu sedekahkan al-fatihah, baca yasin & berdoa agar arwah di tempatkan bersama orang2 beriman..


puasa tahun ni memang meletihkan yana sebab ada adik beradik yang datang tido di umah, diorang datang dari thailand.. nak kena layan diorang, sedia makan untuk berbuka, semua yana buat sorang, macam nak pengsan ja.. huhu.. mak dah comfirm2 dah tak boleh buat keja banyak sangat, lepas tu tido sehari suntuk la sebab tak cukup rehat.. 2 3 hari lepas tok meninggal, pak ngah (abg abah) yana pulak masuk hospital.. doktor cakap pak ngah kena leukimia (darah putih makan darah merah).. hmmm.. macam2 hal, abah la yang teruk nak kena ulang alik pergi tengok & ambik abg dia dari hospital.. tahun ni ada rezeki sikit sebab ada juga orang tempah kuih raya tapi yana la tak sempat nak buat sebab seminggu sebelum raya anak tauke tempat yana keja dulu call suruh pergi keja, buat roti arab lerr... adoi, letih memang la letih sebab tak cukup rehat tapi sebab nak cari duit, kena la keja jugak.. maaf mak, akak janji nak beli baju raya kat mak tahun ni tapi sepanjang cuti ni akak tak keja, akak tak dapat beli baju raya kat mak, dapat beli tudung je kat mak.. maaf ye mak,, akak janji akan beli juga baju raya untuk mak nanti..


2 minggu sebelum raya biasalah yana akan buat kuih raya.. mak bagi resepi, so yana akan buat..ada puasa yang ke berapa ntah, sekali lagi yana kena eletrik, kali ni kejap je, bapa saat je sebab ada extenchn yana rosak 1, padahal time tu abah tak on eletrik lagi, nasib baik kali ni tak teruk macam first time yana kena dulu, dulu kena sampai pengsan, kali ni tak sebab lepas kena ja, yana terduduk, yana tak bangun sebab takut pengsan lagi.. lepas tu yana jadi trauma sikit.. huhu.. dah 2 kali kena, kalau kena lagi kali ketiga tak tau la nak kata apa.. ntah2 terus innalillah..


raya tahun ni macam biasa la, beraya tanpa along sebab dia tak dapat balik raya.. raya tahun ni terasa sedikit kekosongan sebab dah kurang lagi sorang ahli keluarga buat selama-lamanya.. raya pertama memang tak dapat pergi beraya la coz yana kena tunggu umah, nak sedia makanan untuk tetamu.. semua harap yana ja coz mak memang tak boleh buat sorang2.. tahun ni ramai betul2 budak2 datang umah, ntah dari kampung mana2 datang.. huhu.. lepas tu abah pulak bawak geng2 dia datang umah, yang ni memang tak menang tangan nak layan diorang, ramai sangat.. huhu.. tapi dalam masa yang sama buat tahlil untuk arwah tok sama.. alhamdulillah, yana bersyukur sangat sebab org kampung yana jenis yang bertanggungjawab, diorng buat tahlil untuk arwah tok walaupun hari raya.. petang raya pertama balik kampung, tido semalam kat umah tok.. raya kedua baru balik umah.. raya ketiga plak kawan2 dari kedah datang umah, diorang ni yana kenal masa pergi kem elit kat sarawak, lepas tu ikut diorang pergi beraya kejap.. petang plak dalam pukul 5 pergi reunion form 6 kat sungai belati.. waa... hari2 yang meletihkan yana... huhu...


4 bulan kat umah memang meletihkan tapi dalam masa yang sama dapat jalankan tanggungjawab sebagai seorang anak.. hehe.. rasa malas pulak nak balik um.. macam dah tak nak balik sana je.. huhuhu.. apa pun hidup mesti diteruskan.. perjuangan yana juga harus di teruskan.. tinggal setahun ja lagi untuk yana habiskan pengajian yana, insyaallah.. harapan mak dgn abah mesti di tunaikan.. insyaallah, yana akan buat yang terbaik untuk balas jasa mak & abah & bagi kesenangan dekat diorang.. =)