Monday, November 14, 2011

entry 29 : AIDIL ADHA '11

assalamualaikum..


pejam celik pejam celik, kejap je masa berlalu.. cuti pertengahan sem bagi semester I pun dh tamat, skarang dh minggu ke-7 study dah a.k.a dah ari ke-9 raya haji @ korban.. raya kali ni ala kadar je.. yana & family tak balik kg pun sbb tok yana tak dak kat umah, dia ada kat mekah untuk tunaikan haji.. persiapan raya pun tak dak tahun ni.. ari jumaat tengah ari balik umah lepas habis kelas, sabtu pagi kuar pegi cari barang2 dapur & sikit kuih raya untuk hidangan tetamu..


raya pertama yana duk umah je macam biasa, teman mak & tolong siapkan apa yang patut.. tengah ari plak pegi umah pak ngah ( abg abah) sbb dia buat korban, lepas tu pegi umah tok su, balik tu singgah la umah jiran2 dalam kg yana.. and then, tetamu datang umah lagi.. haishhh, mmg raya pertama ni selalu tak boleh nak pegi raya la coz ada ja orang nak datang umah beraya, geram betul yana.. huhu..


raya kedua plak yana, mak, abah, pak su & mak su pegi Parit Buntar, Perak umah mak teh (isteri arwah pak teh).. saja pegi beraya + melawat mak teh coz yana tak pernah lagi p umah dia yg dkt Perak tu, mak pun dh lama tak jmpa mak teh.. yana dah jumpa dah masa konvo sepupu baru2 ni.. tujuan pegi Perak tu bukan apa, nak tanya khabar mak teh sbb dgr khabar dia dapat ugutan dari ex-husband (suami ganti slpas pak teh meninggal) dia sbb dia tak nak dekat ex-husband dia tu.. ishhh, mcm2 la yg jadi.. dunia2... dah org tak nak, ugut2 plak nak suh rujuk, mcm2.. semoga lelaki tu tak kan ganggu mak teh lagi dah..


lepas tu, kita org singgah plak Padang Serai, umah pak ndak (abg mak).. nak jadi citer, abah tak ingat plak no. umah pak ndak tu, biasa la dah pegi lama2 sekali, mana la nak ingt lorong & umah, dah la umah banyak kt situ.. call pak long dgn mama, diorang tak jawab, call mak cik maliah, dia pun ingat2 lupa nombor umah, call pak ndak, fon dia off.. yana plak, jgn harap la nak hafal, tak ambik tau langsung..mcm2 la dugaan ari tu.. dekat sejam jugak la kita org pusing2 kat situ sampai dah nak putus asa dah.. last2 pak su buat kptsn pusing sekali lagi kat lorong tu, mak su yana call mak cik yana sekali lagi nak tanya no. plat keta pak ndak yana, kbtln time tu, pak su yana benti betul2 depan umah pak ndak yana, kebetulan jugak anak dia yg sulong baru balik naik moto, masa kita org pusing2 tu, bayang budak2 tu pun tak nampak tau.. huhuhuhu.. bila dah comfirm no. plat keta, kita org baru la turun keta, rupa2nya bateri anset pak ndak yana dh habis, dia plak baru ja sampai umah sbb balik kg sebelah wife dia.. mcm2 kebetulan yg berlaku ari 2.. puas jugak la berjalan ari 2, pukul 10 mlm dah baru sampai umah..


raya tahun ni yana mmg banyak duk umah ja, umah kawan2 pun yana tak pegi.. ari ahad (13/11) yana dah bertolak balik UM dah.. rasa malas sangat nak balik UM.. dah tak macam dulu2 lagi dah.. dulu excited sangat bila nak balik UM, skang ni rasa nak cepat2 kuar dari Um ja..


ok la.. setakat ni ja untuk entry kali ni.. semoga yana dapat teruskan perjuangan ni sehingga bulan 6 tahun hadapan, insyaALLAH.. lepas tu, bye2 UM, dah tak nak sambung study lagi dah... =)