Saturday, October 13, 2012

entry 62 : October 2012...

assalamualaikum...

pejam celik pejam celik kejap ja dah masuk bulan 10..
kejap ja masa berlalu sekarang.. masih banyak yang yana perlu pelajari dalam kehidupan ini &perbaiki diri sendiri..

alhamdulillah.. 1 Oktober 2012, genap la umur yana 23 tahun.. yana bersyukur sebab masih di panjangkan umur & diberi kesempatan untuk berbakti kepada kedua ibu bapa yana.. nampaknya umur pun semakin meningkat, tanggungjawab pun semakin bertambah sekarang.. semoga yana akan dapat lalui kehidupan yang akan datang dengan penuh kesabaran & tabah dalam menghadapi dugaan yang diberi...

 selain daripada tu, bulan oktober juga merupakan bulan yang paling bersejarah dalam hidup yana di mana yana akhirnya berjaya menghabiskan pengajian yana di Universiti Malaya dalam tempoh yang ditetapkan iaitu 3 tahun.. akhirnya, pada 4 Oktober 2012, yana berjaya menggenggam segulung ijazah.. ini ialah hadiah hari lahir yang paling berharga dalam hidup yana selain untuk ibu bapa yana..

dalam kegembiraan yang yana kecapi ni, masih ada rasa sedih.. konvokesyen yana family tak datang.. sayu je hati tengok kawan2 lain 1 family datang tapi yana, tak da sapa pun yang datang.. dulu yana pernah berangan nak bagi mak dengan abah pakai jubah yana, nak diorang pun rasa gembira tapi semua tu tak kesampaian.. sedih memang la sedih kan tapi dah diorang tak dapat datang, yana pun tak boleh nak buat apa2.. 

apapun yana bersyukur sebab masih ada kawan2 yang sudi contact yana & raikan hari bersejarah yana ni.. tima kasih sahabat sebab kalian masih ingat dekat yana.. tima kasih jugak pada sahabat2 yang bagi hadiah dekat yana.. =)

kat bawah ni yana lampirkan sedikit kenangan yang yana sempat rakamkan bersama sahabat-sahabat di Universiti Malaya.. 

wif alin (pengajian korea)
bersama sebahagian daripada coursemate
wif zatul (APM)
Universiti tercinta..
sahabat-sahabat di Kolej Kediaman Kinabalu..
wif farahin (fakulti sains)
wif safwan (schoolmate)
after convocation.. collect picture
wif fahah & shin ye (pengajian jepun)
wif firdaus (elit pra-u 2007)
graduan fakulti sastera & sains sosial
wif pija & kak dila (rehearsel day)
tima kasih HASNI, SAFWAN, FEEZA, NABILA, HUSNA, PERWARIS & JABATAN PENGAJIAN ASIA TIMUR.. *_*