Friday, April 27, 2012

entry 50 : port dickson + melaka..

assalamualaikum..

kali ni nak kongsi sedikit pengalaman pegi PD & Melaka dgn budak2 pengajian Jepun yang akan ke Tokyo ujung bulan 6 nanti... =)
baru2 ni pada 21 & 22/ 4, yana dgn kawan2 pegi camping kat PD.. lecturer yana cakap camping ni tujuan nak brainwash sblm p Tokyo nanti tp bukan brainwash sgt pun, tak sampai sejam, yang banyaknya enjoy... yang pegi semua 18 orang termasuk lecturer yana, ada lagi 2 orang student tak pegi, apa masalah diorang tak pegi, tak tau la plak yana.. apa pun, yana bersyukur sebab melalui camping, kita orang dapat merapatkan kembali silaturrahim yang semakin renggang atas sebab2 tertentu.. kita orang pegi 4 buah kereta tapi ari first just konvoi 3 buah kereta ja, sebuah lagi pegi petang coz da sorang member kena pegi Puchong utk subjek Geo yg dia ambik sem ni.. nama ja konvoi tapi last2 semua berpecah sebabnya kereta yana naik dah tersalah masuk tol & kita orang tunggu lagi 2 kereta dekat Teluk Kemang je... 

yana happy pegi camping ni walaupun da terasa hati dgn sahabat yana (always orang yg sama).. tak pe la, bersabar selagi termampu, lagi pun dah nak habis study dah.. =) macam biasa la, bila dah sampai sana, siap2 pasang khemah, lepas tu ada yang pegi mandi laut, kuar beli barang2.. yana plak stay kat khemah je & start bakar ayam utk BBQ.. rasa macam satu family plak bila duduk ramai2 & makan sama2.. dah lama tak rasa suasana macam tu, teringat kembali zaman sekolah time pegi camping.. aktiviti kat sana tak buat apa sangat, malam tu brainwash, lepas tu yana & kawan2 kuar pegi ekspo kat Teluk Kemang, saja cuci mata.. :)

keesokan pagi, macam biasa la, sediakan breakfast untuk semua orang tapi yana tukang tengok je coz yana dah 100% tolong bakar ayam untuk BBQ, so pagi tu yana bagi orang lain plak buat keja.. hehe.. lepas je breakfast, kita orang praktis tarian Joget Toleh Menoleh sebab nak kena buat persembahan time kat Tokyo nanti... settle semua, time untuk terjun laut.. =) 

lepas zohor, dalam pukul 3 lepas siap kemas2 barang & khemah, kita orang bergerak ke Melaka pula.. tapi kat melaka kejap je, pegi jalan2, tengok pameran kereta, makan2 & terus balik UM.. pameran kereta tu maybe sempena Sambutan hari Polis Sedunia...

 alhamdulillah, walaupun banyak dugaan & halangan sebelum nak sampai PD & Melaka (bonet kereta tak leh tutup, tersalah jalan, dll), kita orang selamat pegi & pulang.. tetiba miss that moment.. terasa macam nak je ajak diorang pegi camping lagi.. =)

pasang khemah..
rest before BBQ..

BBQ time..
jalan2 release tension..
preparation 4 breakfast...
ready nak terjun laut..
saja2.. =)
volleyball...
Melaka...


pssstttt : sory la ye.. sejujurnye yana ni tak alim sangat pun... ^_^

Saturday, April 14, 2012

EntrY 49 : bRoga HiLL...

assalamualaikum..

entry yana kali ni pasal Broga Hill.. actually yana nak tulis pasal tempat ni bukan sbb yana dah pernah pegi sana tapi yana teringin sangat nak pegi sana.. yana ingat lagi, masa sem 4 utk sesi 2010/2011, ada someone pernah cakap & janji nak bawak yana pegi sana suatu ari nanti.. but paham2 la, yana ni suka buat perangai kan, skang dah tak contact dah dgn orang tu, so dah tak boleh buat apa2 la... =) yana selalu ajak kawan2 pegi sana tapi paham2 la, kita org tak da transport, so sush nak pegi... but i want go there someday.. tak kisah la dengan sapa pun tapi terdetik di hati memang la sangat2 bersyukur kalau dapat pegi dgn that guy.. ntah la, kalau da jodoh, tak ke mana kan.. =) semoga that guy berbahagia dengan pilihan hatinya... 







I REALLY2 WANT GO THERE.. I HOPE I WILL BE THERE SOMEDAY... ^_^

Thursday, April 12, 2012

entRy 48 : 13 ApRiL 2012...

assalamualaikum...

alhamdulillah.. pagi tadi jam 9.0 pagi ada seminar kerjaya oleh JAC Recruitment.. lepas ja seminar, yana & kawan2 diminta utk mengisi borang kerja beserta resume masing2.. insyaALLAH JAC akan bantu student jabatan Pengajian Asia Timur untuk mendapatkan kerja setelah tamat pengajian nanti.. semoga dipermudahkan segalanya... amin.. ^_^

Friday, April 6, 2012

enTry 47 : mid sem 2012..

assalamualaikum..

entry kali ni yana cuma nak kongsi sedikit pengalaman time cuti mid sem bagi sesi 2011/2012 utk sem 2.. cuti kali ni tak macam selalu sebab my mom tak sihat.. ari first yana sampai umah pun yana tgk mak tak bapa sihat, ingat mak letih macam selalu, rupanya tak.. hari kedua yana kat umah, jam 7 pagi, strok mak kembali menyerang, mak tak leh bangun, cakap pun yana tak paham.. lepas tu abah buat keputusan bawak mak pegi hospital, rupa2nya dah 3 4 hari dah mak jadi macam tu tapi cuma jadi kejap2 je.. mak kena tahan kat wad 2 hari.. 2 hari jugak la yana bermalam kt hospital.. tdo atas kerusi tapi kalau lenguh, yana naik tdo atas katil dengan mak.. hehe.. alhamdulillah, skarang mak dah baik cuma 14/4/2012 mak kena pegi Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.. doktor nak scan otak mak, nak tengok masih ada darah beku @ tak.. semoga dipermudahkan semuanya & mak sihat macam selalu..