Monday, September 5, 2011

eNtRy 19 : rAyA 2011..

assalamualaikum..


raya tahun ni ala kadar je, tak meriah sebab yana tak larat nak buat semua keja sorang2.. ari raya pertama just duk umah je layan tetamu, banyak betul budak2 datang umah tahun ni.. tahun ni macam biasa la, just buat kuih raya & pasembor (rojak)..petang plak lepas asar terus balik kampung, tido semalam kat umah tok, raya kedua balik umah & beraya kat dalam kampung plak..


raya ke-3 da reunion dengan bebudak ex-form 6 2007, pagi tu kawan2 dari kedah datang, diorang ni yana kenal masa pegi kem elit pra-u kat sarawak.. alhamdulillah sampai sekarang masih terjalin lagi persahabatan kita orang.. ikut diorang beraya & balik pegi reunion plak..


raya ke-5 plak yana da reunion dengan bebudak ex-form 5 2006.. raya tahun ni yana banyak reunion la.. jumpa kawan2 lama.. dah lama tak jumpa, ada yg semakin gemuk, ada yang semakin kurus... hmmm, pelbagai kerenah.. yana plak diorang cakap makin kecik... pergghhh, best giler dengar.. huhuhu..


sedar tak sedar, pejam celik pejam celik, dah kat 4 bulan dah duk umah.. dah nak balik um dah.. alahai.. berat betul hati ni nak balik sana sebab dah lama sangat cuti, sampai terlupa yang yana ni still study.. ingat dah habis dah.. huhu..


insyaALLAH, balik um yana perlu tumpu pada tesis, kalau tak, tak graduate la yana nanti.. apa pun, yana perlu pandang ke hadapan, lupakan segala kenangan lalu.. set in my mind yang yana ada lagi setahun ja lagi, lepas tu yana dah tak nak jejak kaki ke bumi Universiti Malaya lagi selepas yana konvo.. terlalu banyak kenangan di cipta di sana.. so yana akan biarkan semua kenangan tersebut terkubur di bumi Universiti Malaya.. yana perlu mulakan hidup yana yang baru..






note : i know i can do it !!

tahun ni mak tak beli baju raya.. maafkan akak, akak tak dapat tunaikan janji akak nak beli baju raya untuk mak & abah tahun ni..

adik saya yg sorang..

abah.. =)

baju raya tahun ni, cari last minit, so dapat yg ni je sbb size yana dah habis.. huhuhu..